Artis / Selebriti
” Tak pasal pasal terjebak sekali zoom untuk kepastian siapa si tudung hijau.. ” – Komen Netizen
Muatnaik video seorang gadis misteri bertudung hijau, perkongsian Fattah Amin buat peminat teruja. Wah macam kenal je. Kapsyen yang Bamtah tulis pun bukan main sweet lagi..
Semenjak kembali solo, nama Fattah Amin menjadi sebutan dan popularitinya juga meningkat. Selain perkongsian mengenai kerjaya, kisah kehidupan Fattah juga menjadi tumpuan. Semenjak kebelakangan ini pula, Fattah sering dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang penyanyi wanita.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Fattah Amin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah sedang bercuti. Video ini turut menampilkan seseorang wanita dari pandangan belakang yang mengenakan tudung berwarna hijau. Ramai di kalangan warganet mula merisik siapakah wanita itu.
Mata warganet sememangnya cukup teliti. Tidak ditunjukkan wajah , itu tidak menjadi masalah. Ramai yang zoom pantulan imej wanita itu di badan kereta yang berada di hadapan wanita tersebut. Ada yang mengatakan setelah di zoom wanita itu seperti Amira Othman.

Kapsyen Fattah pula semakin menarik dari hari ke hari dan ianya menambahkan lagi teka teki di hati warganet. Kata Fattah, mungkin betul juga kata Falah. Tiada apa yang kebetulan dalam hidup ini, semuanya adalah takdir. Tidak pasti ini adalah content atau teknik marketing, namun ramai yang berharap mereka ada jodoh bersama.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@fattahamin Dah penat berjalan..eh..hmm mungkin betul juga kata Falah.. tiada apa yang kebetulan dalam hidup ni..semuanya adalah takdir.
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tudung Varisha daily.. ok tahu dah siapa hehe.. Hasil zoom kat kereta mmg betul amira othman.. hidung mancung je tu.. “
” Setelah menjadi inspector gadjet, tudung ni adalah collection varisha daily yg Amira Othman promot sekarang. Jadi ini sah adalah Amira Othman. Muahahahaahahaa.. “
” Tak pasal pasal terjebak sekali zoom untuk kepastian siapa si tudung hijau.. while me zoom dkt body kereta tuuu. its amira othman guys.. “
” Korang. Tengoklah kat pantulan body kereta ty nampak cam muka siapa.. kalau betul si dia, memang terbaik lah.. “
” Elehh dah tahu siapa, tengok pantulan dekat kereta.. Alah bamtah, Falah pulak dah .. aku yang blushing ni apasal.. “
” Uihh Fattah pun layan cerita Falah haha.. betul lah tu tak de yang kebetulan, semuanya takdir.. “
” Korang tgok dekat body kereta zoom nmpk laaa sapa org tu… mcm kenal je.. Jangan content je sudah haha.. kang aku yang frust.. “
Sanggup perminat zoom pantulan wajah pada kereta hitam itu. Setelah zoom, ramai yang berteka-teki dan mengatakan itu adalah Amira. Betul lah tu Fattah, Falah pernah berkata tiada apa yang kebetulan, semuanya adalah takdir. Mungkin ini takdir Fattah dan ini lah rahsia tuhan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

