Artis / Selebriti
” Tak masalahnya asal aku nangis sekali ni.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Reaksi Seorang Peminat Lelaki Ketika Dapat Bertemu Mata Dengan Ella Buat Warganet Tersentuh. Gembira Sampai Menangis Dapat Jumpa Ella. Kita Yang Tengok Pun Tangkap Leleh Sama !!
Siapa tidak kenal dengan ratu rock negara, Ella. Sudah berpuluh tahun Ella berada dalam industri dan sehingga ke hari ini nama Ella tetap menjadi pujaan ramai. Ella masih aktif menyanyi dan banyak membuat konsert serta persembahan pentas di sekitar negara.
Meninjau akaun Tiktok im_hafiz90 dan takdaknama, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ella membuat persembahan di Melaka. Istimewanya ketika persembahannya kali ini, salah seorang peminat yang hadir menangis setelah Ella menghampirinya.
Lelaki ini bernama Kamaruddin dan menurut komen daripada salah seorang yang turut hadir ke majlis ini, Kamaruddin adalah antara orang terawal hadir dan menanti Ella di hadapan pentas. Semangat sungguh hendak berjumpa Ella sehinggakan sanggup meninggalkan sebentar pekerjaannya sebagai rider Grab.

Ketika Ella menghulurkan microphone, adik ini turut menyanyi dan spontan menangis. Hanya peminat tegar sahaja yang tahu perasaannya apabila artis pujaan berada depan mata. Dapat pula layanan yang baik seperti yang Ella lakukan, lagi laju lah air matanya jatuh.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@im_hafiz90 ELLA #fyp #fypage #melaka #viral #fypシ #aeonbandarayamelaka #melakahawau
@ca.dynh i feel you bro!!! 🥹🩷 sambungan dari tt @im_Teegaa view depan. rockqueen #ellaraturockmalaysia #aeonbandarayamelaka #melakahawau #viral
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Steady dik Kamaruddin.. mantap lah.. sebelum ella datang, dia paling awal duduk sorang2 atas lantai tadi.. ”
” Dia nangis sebab dari kecik nak join live ella akhirnya dia berjaya cipta moment tu.. peminat tegar ni.. ”
” Dia terharu kerana pertama kali dia dapat menyanyi dengan Ella.. Dia tak sempurna, teruja dia jumpa Ella.. ”
” Dia orang yang paling depan tunggu Ella. Dia stop buat grab kejap demi Ella, mantap lah.. Kamaruddin”
” Patut lah dia tak hantar order, tengok Ella rupanya.. Bang kau dah terkenal bang.. Sampai menangis nyanyi lagu Ella.. ”
” Kak Ella memang sporting melayan peminat. Bukan senang nak dapat peluang camni.. semangat dia tu saya suka.. ”
” Tak masalah ye asal aku nangis sekali ni .. macam mane ni.. sedih.. mana tau dh lama dia teringin ini ja peluang yg dia dapat.. siapa pon akan teruja cm ni.. ”
Gembira sampai menangis adik ini apabila dapat juga bertemu mata dengan Ella. Air mata kegembiraaan tu pasti akan Ella ingat satu-satunya peminat istimewanya ini. Nama Kamarudin akan terkenal satu Melaka hehe. Simpan elok-elok gambar dengan Ella tu dik, mahal tu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok ca.dynh, Tiktok im_hafiz90
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti22 hours ago Artis / Selebriti22 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
									 
									
