Artis / Selebriti
” Tahun ini diri sendiri pulak jadi artis.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Gambar-Gambar Sekitar Majlis Ulang Tahun Kelahiran Iman Troye. Wahhh Muda Lagi Umur Tu Rupanya. Comel Je Iman, Siap Kena Tutup Mata Lagi. Hadiah Yang Dapat Pun Bukan Kaleng-Kaleng !!
Nama Penyanyi baru Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin atau lebih dikenali sebagai Iman Troye tidak perlu diperkenalkan lagi. Iman merupakan seorang penyanyi, model dan Instafamous Malaysia. Single h1t Iman bertajuk Teman berjaya meraih sambutan luar biasa di laman YouTube.
Meninjau ke laman Instagram milik Iman, Iman ada berkongs1 beberapa keping gambar momen indah sambutan hari ulang tahunnya yang ke 18 tahun menerusi satu majlis. Sambutan hari ulang tahun kelahirannya disambut meriah bersama dengan insan yang tersayang.
Melalui kapsyen ditulis, Iman menzahirkan rasa syukur kini Iman sudah berusia 18 tahun. Iman turut jua mengucapkan terima kasih dan menghargai segala ucapan yang diterima daripada peminatnya. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada XO House atas majlis yang dibuat untuk dirinya.

Untuk rekod, XO House merupakan syarikat rakaman di mana Iman merupakan artis rakaman mereka. Iman tampil cukup bergaya dalam majlis tersebut. Sempena hari ulang tahunnya, Iman mendapat hadiah jaket yang terukir namanya bersama dengan telefon bimbit iPhone 12 Pro Max.
Ikuti perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat Iman mengucapkan selamat hari lahir kepada Iman selain mendoakan agar Iman dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa cantik dan comel. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :
” Birthday girl omel je.. birthday tahun lepas jumpa artis.. tahun ni diri sendiri lak jadi artis.. Happy birthday iman sayang.. “
” Hai iman troye cute.. Kat radio kereta hari2 keluar lagu kak iman.. kita pun ikut lah nyanyi ngan menari sekali hahaha.. minat Sgt lagi teman.. “
” Happy birthday iman semoga panjang umur dh cantik selalu.. sweet 18th.. stay pretty and goodluck for your future.. “
” Happy birthday Iman.. semoga dipanjang kan umur dan dimurahkan rezeki.. stay pretty and cute.. luv you.. “
” Happy birthday to you kak iman.. semoga dipnjangkan umur, dmurahkan rezeki.. dipermudahkan sgala urusan.. amin.. sllu syanntek selalu.. cyomel sllu.. “
” Happy birthay iman cantek.. semoga panjang umur dan menjadi anak soleh yang terbaik dalm keluarga.. Amin.. “
” Happy birthday iman.. semoga panjang umur, murah rezeki, sentiasa dilindungi oleh Allah swt dan diberikan kesihatan yang baik selalu.. alhamdulillah.. “
Untungnya Iman disayangi ramai orang sampaikan diadakan majlis untuk meraikan hari ulang tahunnya itu. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari ulang tahun yang ke 18 tahun. Semoga Iman akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Iman Troye
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti14 hours ago Artis / Selebriti14 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
									 
									
