Artis / Selebriti
” Tahniah Tom dan Fuad. Comelnya baby, nama simple je.. ” – Netizen
Fuad Rahman Kongsi Gambar Wajah Penuh Dan Nama Anak Sulungnya Bersama Tom. Wah Sedapnya Nama Baby, Comel Macam Muka Tom Sangat. Tahniah Fuad Dan Tom !!
Bagi yang mengikuti Gegar Vaganza 9 pastinya tahu mengenai kisah cinta Tom dan Fuad. Pasangan ini pernah bercinta berbelas tahun dahulu namun terputus di tengah jalan dan masing-masing membawa haluan sendiri ketika itu. Pertemuan semula di pentas GV9 merapatkan kembali mereka sehingga ke jinjang pelamin.
Sebagaimana yang semua sedia maklum, sebelum ini Tom sedang hamil anak sulung perkahwinan mereka ini dan beberapa hari lepas, Tom ada berkongsikan mengenai keputusannya untuk bersalin di hospital kerajaan berbanding hospital swasta. Selain kerana kos yang rendah, layanan nurse juga bagus.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Fuad Rahman, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan wajah penuh bayi mereka ini. Untuk makluman, Tom selamat bersalin secara pembedahan pagi tadi dan kali ini Tom dikurniakan seorang bayi perempuan.

Tidak lokek berkongsikan wajah si kecil, bayi ini kelihatan comel sama seperti ibu dan ayahnya. Fuad juga turut memaklumkan di paparan gambar tersebut nama yang dipilih untuk anak perempuan mereka ini iaitu Anggun. Wah simple sahaja nama dan senang untuk diingati ni.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Fuad ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah tahniah bro.. Assalamualaikum Anggun, comelnya baby tom dan fuad ni.. nama baby best lah, Anggun.. ”
” Masha Allah, tahniah Tom dan Fuad.. Alhamdulillah baby girl yang comel.. Selamat berpantuang moga sihat kedua-duanya.. ”
” Alhamdulillah Abang Fuad.. selamat berpantang kak king tom semoga keduanya sihat.. comel baby, chubby pipi tu.. ”
” Alhamdulillah tahniah Tom dan Fad.. comelnya Anggun, iras muka Tom sangat baby Anggun ni.. ”
” Alhamdulillah tahniah, selamat berpantang.. nama simple, baby comel eeii suka tengok.. pipi tu Anggun, buat geram je.. ”
” Alhamdullilah..Tahniah Fuad n king tom .. Comel sangat baby, cantik Anggun moga menjadi anak yang solehah.. Selamat berpantang Tom.. ”
” Alhamdulilah… semoga keduanya sentiasa dilindungi dan king tom sis selamat berpantang ye.. jaga diri.. amin2 ya rabbal alamin.. ”
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan untuk Tom dan bayi selamat dilahirkan. Pastinya Anggun akan menjadi adik kesayangan abang-abangnya. Tahniah daripada kami di Berita Kopak dan selamat berpantang buat Tom. Membesar dengan sihat ye baby Anggun.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fuad Rahman, IG King Tom
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



