Artis / Selebriti
” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
Perkongsian terbaru Siti Saleha video dan nama anak sulungnya yang baru lahir buat peminat teruja. Alahai putih melepak kulit anak Sally ni. Sedap nama, simple dan senang nak ingat..
Pelakon cantik berdarah kacukan, Siti Saleha atau mesra dengan panggilan Sally bukan nama asing bagi pencinta drama Melayu tempatan. Sally mendirikan rumahtangga bersama Joshua Fitton pada 15 Februari tahun lalu. Sekitar pada bulan Mei, Sally memaklumkan berita gembira mengenai kehamilannya kepada umum.
Sally juga turut memaklumkan jantina bakal anaknya itu dalam satu majlis baby gender reveal. Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Sallywho, telah dikongsikan satu video pendek yang memaparkan sedikit wajah anak sulungnya itu.
Sally telah pun selamat bersalin cahayamatanya itu, namun tidak dinyatakan tarikh secara terperinci. Dengan kapsyen pendek memberitahu nama babynya, ramai yang teruja menonton video Sally itu. Anak Sally mewarisi kulit putih melepak Sally dan suaminya. Ramai yang memuji anak Sally walaupun tidak nampak wajah penuhnya.

Warna rambutnya juga kelihatan perang seperti anak mat saleh dan membuatkan ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah penuhnya. Bermulalah fasa baru dalam kehidupan Sally dan Joshua bergelar ibu dan ayah. Pastinya kehadiran baby ini membawa lebih kebahagiaan untuk Sally dan Joshua.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Awww congratulations.. Hello Indra.. masha Allah, Alhamdulillah.. Love this for the both of you.. “
” Hi handsome Indra.. congratulations Sally.. Welcome to the world baby Indra.. selamat berpantang Sally.. ”
” Masya Allah tahniah mummy Sally dan family… aii indra…. hencem nya dia.. putih melepak betul.. “
” Wahh sudah launching baby boy.. Assalamualaikum Indra sayang. Aunty Girl happy to see you.. .Indra,welcome to the world.. “
” MashaAllah alhamdulillah syukur nikmat congratulations Sally .. semoga sihat sejahtera baby n mommy.. “
” Assalamualaikum, tahniah Sally.. 12 ke 13hb baby Indra ni.. hi baby Indra.. Alhamdulillah.. to many more happiness onwards.. “
” Wah lama sangat saya tunggu nak tengok baby Sally.. handsome boy nya Indra.. welcome to the world. Moga membesar sihat n mnjadi ank yg soleh kpd ibubapa aamiin. masyaAllah tabarakAllah.. “
Alhamdulillah, anugerah Allah paling bernilai untuk Sally dan suami tercinta. Selamat datang ke dunia Indra yang comel. Semoga Indra membesar dengan sihat selalu dan menjadi kebanggaan kedua ibu bapa apabila dewasa kelak. Tahniah sekali lagi Sally dan Joshua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sallywho
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

