Artis / Selebriti
” Tahniah Puan Ezzah, manis bakal menantu.. “- Netizen
Video Sekitar Majlis Pertunangan Anak Bekas Penyampai Berita TV3, Ezzah Haji Abdul Aziz Fawzy. Serba Sederhana Majlisnya, Tapi Penuh Adat Macam Orang Dulu-Dulu. Tahniah Ezzah Bakal Dapat Menantu Lagi !!
Nama Ezzah Haji Abdul Aziz Fawzy memang dikenali ramai kerana Ezzah merupakan salah seorang bekas penyampai berita dan pengacara televisyen Malaysia. Malah Ezzah juga terkenal dengan hasil kerjanya di kaca televisyen terutama di rangkaian TV3.
Meninjau di akaun Instagram, dilihat Ezzah sekarang suka berkongsi perkembangannya buat tatapan umum. Terbaru, Ezzah telah memuatnaik satu video yang memaparkan sekitar majlis pertunangan anak lelakinya.
Difahamkan majlis pertunangan itu merupakan anak kedua Ezzah. Tulis Ezzah pada ruangan kapsyen tahun ini sekali lagi Ezzah dan suami bakal menyambut menantu perempuan. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet.

Ada yang menyatakan suka melihat majlis yang diadakan tersebut serba ringkas dan kekal penuh adat seperti orang dahulu. Sehingga kini, video pertunangan anak lelaki Ezzah telah menerima lebih 2 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen pula, ramai yang memberikan kata ucapan tahniah dan menyukai perkongsian video oleh Ezzah. Antara komen-komen menarik adalah :
” Suka laaa cara mcm ni.. In syaa Allah, klau ada jodoh anak akak pun nk buat majlis pertunangan mcm ni.. Sblum ni tgk anak Kuna pun sama. Mcm dulu2 tetap manis.. “
” Tahniah Puan Ezzah. Manis bakal menantu. Semoga dipermudahkn urusan seterusnya, insyallah, aaminn.. “
” Wah Tahniah Kak Ezzah. Bakal dapat menantu soon, cantik orangnya. Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar nanti.. “
” Personaliti TV3 Alhamdulillah sudah menjadi seorang bakal-bakal mak mentua bahagia la hingga ke Jannah Aamin yrb’alamin, insya’allah Alhamdulillah.. “
” Alhamdulillah, mabrukak Kak Ezzah sekeluarga. Semoga dipermudahkan semua urusan ke fasa seterusnya.. “
” Cantiknya bakal ibu mertua pun, hehe sama2 naik seri dengan bakal menantu. Tahniah Ezzah, semoga segalanya dipermudahkan.. “
” Tahniah, dapat menantu lagi. Saya antara salah seorang peminat Ezzah, memang suka dari dulu tengok Ezzah baca berita.. “
Alahai cantik dan manis bakal menantu Ezzah. Ezzah pun masih tampil cantik dan anggun sekarang. Apa-apa pun semoga segala urusan seterusnya akan dipermudahkan dan kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah kepada Ezzah serta suami yang bakal menerima menantu tidak lama lagi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ezzahazizifawzy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

