Artis / Selebriti
” Tahniah Dato’ dan Datin, comelnya baby.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Gambar Anak Ketiga Dato’ Jamal Abdillah Dan Datin Zai Izatti Yang Baru Lahir. Alahai, Comelnya Baby. Sama Tarikh Dengan Anak Ernie Zakri Dan Syamel Lah, Tahniah !!
Tarikh 22 Februari 2022 merupakan tarikh yang istimewa buat Dato’ Jamal Abdillah dan Datin Zai Izatti kerana dikurniakan cahaya mata yang ketiga merupakan seorang bayi lelaki. Datin Zai Izatti telah pun selamat bersalin di sebuah hospital swasta.
Meninjau ke akaun Instagram, sekeping gambar bayi lelaki pasangan ini yang baru sahaja dilahirkan telah dimuatnaik. Alahai, comel sangat baby ketiga Dato’ dengan kulit yang putih melepak.
Sekali imbas wajahnya nampak seiras seperti abang dan kakaknya iaitu El Isaac Yamani dan Nur Azura Yamani. Pastinya kakak dan abangnya tidak sabar menanti kepulangan adik baru mereka dan makin meriah lah rumah Dato’.

Sekadar info, ketiga-tiga cahaya mata pasangan ini memiliki tarikh lahir yang cukup cantik iaitu Azura yang dilahirkan pada 10.10.2019, Isaac dilahirkan pada 11.11.2020 dan kini bayi lelaki mereka pula pada 22.2.2022.
Jom lihat perkongsian di bawah ;
( Klik butang KANAN untuk melihat gambar seterusnya.. )


Perkongsian ini dihuj4ni dengan ucapan tahniah buat Dato’ dan Datin. Antara komen-komen yang diberikan :
” Allhamdulliah.. Tahniah take care Datin.. Merdu Azan.. MasyaAllah. Tahniah Dato dan Datin.. selamat berpant4ng.. “
” Alhamdulillah congrats babe.. Alhamdulillah dan congrats dear zaiizattidja_ dan abang Jamal dapat baby boy, semoga menjadi anak yang soleh, insyaallah Amin
” Alhamdulillah tahniah.. ramainya dpt baby.. tarikh 22/02/22 juga ke datin ? Semoga jadi Anak yg soleh dan beriman.. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Robbal Alamin.. Selamat brpant4ng.. “
” Alhamdulillah tahniah dear Datin zaiizattidja_ n Dato’ jamalabdillahofficial rajapopmalaya. Semoga anak & ibu sentiasa d dlm lindungan & kasih sayang ALLAH .. “
” Tahniah Datuk jamalabdillahofficial & datin zaiizattidja_ . Selamat berpant4ng.. baby comel sangat.. “
” Tahniah Dato’ dan Datin, comelnya baby.. dato n datin dpat baby baru lg….. dato jamal jer, yg tak pernah sorok wajah anak yg baru lahir….. tahniah….. org knpg satu kape….. “
” Ya Allah, sedap suara, Tahniah Datuk N Datin.. Alhamdulillah… semoga bahgia. dgn bertambahnya lagi ahli baru.. didlm keluarga Dtk. Jamal. Selamat berpant4ng. Dtn Zati.. “
Tahniah diucapkan kepada Dato’ Jamal Abdillah dan juga isteri atas kelahiran cahaya mata baru. Semoga bayi dan ibu sentiasa dalam keadaan sihat serta selamat berpant4ng kepada Datin Zai Izatti. Semoga anak yang lahir ini menjadi anak yang soleh dan membahagiakan kedua ibu bapa di dunia dan akh1rat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Zai izatti
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti22 hours ago Artis / Selebriti22 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									
