Artis / Selebriti
” Tahniah, cantik dan sopan adik Elfira ni. Classy je baju.. ” – Komen Netizen
Video majlis perkahwinan adik Elfira Loy, Ezlisa Loy dan pasangannya, Hafiz Azizi curi perhatian ramai. Cantiknya Ezlisa, busana pengantin pun sopan dan ayu. Suami pun handsome, sama cantik dan sama padan. Wah Aina Abdul pun ada..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hot FM dan Tiktok Khulafastudio, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan majlis akad nikah dan resepsi adik kepada Elfira Loy, Ezlisa Loy. Setelah lebih setahun mengikat tali pertunangan, tarikh 29 Jun 2025 menjadi tarikh pilihan pasangan ini untuk memulakan kehidupan baru mereka.
Hanya dengan sekali lafaz, Ezlisa sah menjadi isteri kepada Hafiz Azizi. Menurut portal Gempak, Ezlisa menerima mas kahwin sebanyak RM300. Majlis ini diadakan secara ekslusif dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga, saudara mara dan sahabat terdekat kedua mempelai.
Ezlisa memilih Sanggul Event sebagai perancang perkahwinannya itu. Pemilihan busana pengantin berwarna putih menaikkan seri pengantin Ezlisa. Ayu dan sopan, Ezlisa kelihatan berseri-seri dan bahagia di samping suami tercinta. Hafiz juga segak bergaya dalam persalinan baju melayu putihnya itu.

International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi saksi penyatuan 2 jiwa ini. Ramai yang memuji pasangan mempelai ini yang sama cantik dan sama padan, bagaikan pinang dibelah dua.
Jom tonton video di bawah :
@thekhulafastudio Sama cantik sama padan 😍 Congratulations @Ezlisa Loy & Hafiz! Follow Khulafa Studio for more update #ezlisaloy #weddingphotographer #weddingphotography #malayweddingphotography #malayweddingphotographer #khulafabrides #weddingmoment #weddingaesthetic #pakejperkahwinan #jurugambarperkahwinan #jurugambar
@thekhulafastudio Lagi meriahh wedding @Ezlisa Loy & Hafiz bila @ainaabdulofficial singing at their reception 🥹🤍🤍🤍
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ezlisa ni muka dia iras iras dengan Rita Nadira, cantik sangat.. Alhamdulillah tahniah Ezlisa.. ayat ayat cinta wedding vibes.. “
” Lawa betul.. alhamdulillah tahniah buat pasangan pengantin baru.. muka dia dari jauh macam Jue Aziz pun ada.. “
” Sekali imbas macam Jue Aziz, bunga tangan dia tu ikut trend sekarang ni.. guna hanger yang estetik tu. ada balut dengan riben.. “
” Tahniah, cantik dan sopan adik El ni… sekali imbas dah macam tengok adik Jue Aziz sebab nak sama sangat wajahnya.. “
” Ya Allah cantiknya awak dik, sopan classy je baju.. Alhamdulillah tahniah ezlisa loy dan pasangan. Beauty with brain.. sepadan sangat pengantin ni.. “
” Simple je tapi tetap meriah dan berseri-seri pengantinnya. Ada Aina Abdul lagi. best tengok, mempelai dua-dua sporting dan sekepala.. “
” Cantiknya tak puas tengok Ezlisa ni, iras Jue Aziz. Sopan dan ayu je semua persalinan dia pakai.. suami pun segak, memang sepadan lah.. “
Alhamdulillah, bermula lah fasa suami isteri untuk Ezlisa dan Hafiz. Kami di Berita Kopak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini berkekalan sampai ke akhir hayat dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hot FM, Tiktok khulafastudio, Portal Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

