Artis / Selebriti
” Sweetnya, aku yang blushing. Comel je bermesra dengan suami dengan sopan dan santun.. ” – Komen Netizen
Video Rakaman Gelagat Spontan YAM Tengku Puteri Afzan Bersama Suaminya, FD Idzham Di Istiadat Perkahwinan Diraja Raih Perhatian Ramai. Alahai Sweet Sungguh Pasangan Pengantin Diraja Ini. Yang Tengok Pula Yang Blushing, Hehe !!
Hanya dengan sekali lafaz sahaja, YAM Tengku Puteri Afzan sah menjadi isteri kepada FD Idzham. Istiadat perkahwinan diraja Pahang ini sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat jelata Pahang terutamanya. Banyak moment menarik yang dapat dilihat dalam majlis tersebut.
Meninjau perkongsian di akaun Tiktok Tengkuafzan8, Noritabakri dan Qramarif, telah dimuatnaik video yang memaparkan gelagat romantis Tengku Afzan bersama suaminya itu. Aksi spontan pasangan pengantin yang dirakam ini pastinya membuatkan ramai yang tersenyum melihatnya.
Dapat dilihat Tengku Afzan membetulkan songkok yang dipakai oleh FD Idzham ketika sampai di tempat untuk bersantap. Menerusi video kedua pula, pasangan mempelai ini berpegangan tangan dan bergurau senda di pelamin majlis istiadat berinai.

Pasangan sama cantik sama padan ini juga sentiasa mengukir senyuman sepanjang majlis mereka berlangsung. Warganet juga tumpang bahagia melihat tuan puteri yang cantik ini gembira. Allah menghadirkan pasangan yang melengkapi kehidupan Tengku Afzan.
Jom tonton video di bawah :
@tengkuafzan8 So sweet 🥺❤️ #tengkuputeriafzan #tengkuafzankahwin #liveputeriafzan #istiadatmalamberinai #fyp #fdidzham
@noritabakri #tengkuafzan #perkahwinandiraja #alhamdulillah #semogabahagiahinggasyurga #sesibergambar
@qramarif ISTIADAT PERKAHWINAN DIRAJA 23 OGOS 2024 | Istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan FD Idzham #perkahwinandiraja #royalweddingpahang #perkahwinandirajapahang #tengkuputeriafzan
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet dan merekodkan ribuan tanda suka. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Awat aku plok yang blushing tengok ni.. tengku afzan gembiranya. betul-betul sayang suaminya.. ”
” Dah la blushing pastu senyum-senyum sorang suka tengok sweet sangat both of mempelai bagai pinang dibelah dua.. ”
” Romantik nye… Beseri seri muka tengku Afzan dgn cinta hati.. nampak happy je dua². suka tgk tengku sopan malu2.. ”
” Manis je.. alhamdulillah.. always tersenyum pasangan ni.. suka betul aku tgok tengku afzan ni cantik.. ”
” Bahagia Tengku di sisi suami yang di kasehi cantek Tengku berseri.. tersenyum tersimpul kite melihatnye.. ”
” So sweet.. cantik tu Tengku Afzan dgn pasangannya. Sopan je puteri. Cantik manis je.. Happy both of U. Till jannah tau.. ”
” Kita dekat Sini yg malu-malu.. sweettnyee happy jerk… comel je bermesra dgn suami… dgn sopan dan santun … kekal sampai ke jannah.. ”
Romantis betul Tengku Afzan dan FD Idzham ini, warganet yang menonton pun turut tersenyum tersipu-sipu. Semoga ikatan yang terbina antara Tengku Afzan dan FD Idzham ini sentiasa dalam rahmat Allah dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Tengkuafzan8, Tiktok qramarif, Tiktok noritabakri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen


