Artis / Selebriti
” Sweetnya, aku ni dah sakit rahang ni dari tadi senyum tak habis-habis.. ” – Komen Netizen
Video Ezwan Zain dan Erra Fazira berkongsi panggilan manja antara mereka buat ramai teruja. Alahai comel sungguh Ezwan buat gaya manja dekat Erra. Sweet dan kelakar juga Ezwan ni. Part Ezwan baru tersedar tersilap jawab soalan hadiah paling mahal tu lawak, hehe..
Umum mengetahui yang pelakon dan penyanyi popular Erra Fazira atau nama penuhnya Fazira Wan Chek telah sah bergelar isteri kepada usahawan, Ezwan Zain selepas pasangan itu melangsungkan majlis pernikahan pada pagi di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam.
Meninjau di akaun Instagram milik radio Hot FM, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan temubual bersama pasangan pengantin baru ini. Menerusi video tersebut, wartawan bertanya siapakah antara Erra dan Ezwan yang paling teruja dalam membuat persiapan perkahwinan mereka.
Kata Erra, Ezwan merupakan orang yang paling teruja dan dialah yang menguruskan hampir semua perkara mengenai majlis perkahwinan mereka. Bukan itu sahaja, wartawan turut sempat menyakat dengan bertanya apakah panggilan manja yang digunakan oleh pasangan ini antara satu sama lain.

Dengan gaya comel, Ezwan memberitahu bahawa panggilannya kepada Erra ialah ‘sayang’. Begitu juga Erra yang mengakui bahawa dirinya turut memanggil Ezwan dengan panggilan yang sama. Selain itu, pasangan ini turut berkongsi bahawa majlis resepsi untuk keluarga pada keesokan harinya dan akan diadakan juga majlis resepsi untuk sahabat-sahabat pula.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alhamdulillah kakak & abg . Sakinah mawaddah warahmah . Terus bercinta . Terus bahagia .. Till Jannah.. Sweetnya, aku ni dah sakit rahang ni dari tdi senyum tak habis-habis.. “
” Congratulations beautiful couple.. Semoga kekal bahagia sehingga ke jannah. Amin YRA. Love you Kakak ku sayang.. “
” I tersengih sejak dari pagi tadi ni .. Alololo aaayanggg.. Tiada yg lebih membahagiakan hanya mendoakan erra temui kebahagiaan yg dia cari selama ini.. “
” Pengantin Mr E pun petah berkata kata macam isteri Primadona Erra Fazira.. Keduanya saling lengkap melengkapi.. Terbaik.. Alhamdullilah. SELAMAT PENGANTIN BARU MR & MRS E.. “
” Macam baru pertama Kali kawin ya.. Apa-2 Pon tahniah.. Semoga masjid yang dibina berkekalan sampai ke syurga .. Aamiin Allahumma Aamiin.. “
” Alhamdulillah comell je kedua mempelai ni.. Gila tak excited kawin dengan Erra Fazira. moga berkekalan hingga jannah aamiin.. “
” Pengantin Mr E pun petah berkata kata macam isteri Primadona Erra Fazira.. Keduanya saling lengkap melengkapi..Terbaik.. “
Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah menarik perhatian ramai warganet yang teruja melihat kemesraan pasangan pengantin baru ini. Alahai, memang sweet sungguh gelagat Erra dan Ezwan. Semoga perkahwinan mereka kekal bahagia, harmoni, dan diberkati sepanjang hayat.

Silakan SHARE..
Sumber :IG hotfm976, ezwanzain
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

