Artis / Selebriti
” Sweetnya, ada persamaan pada wajah.. “
 
																								
												
												
											Video Emma Maembong Dan Suaminya Buat Ramai Ca1r. Alahai, Nampak Manja Jer Emma !!
Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail merupakan seorang model dan pelakon. Namanya mula dikenali ramai ketika membintangi drama bersiri Kau Yang Terindah menerusi watak Munirah. Walaupun tidak memegang watak utama tetapi kerana wajahnya yang cantik telah menarik perhatian ramai.
Emma mempunyai dar4h kacukan Melayu di sebelah bapanya dan Scotland di sebelah ibunya. Jadi tidak hairanlah wajahnya begitu cantik dan jelita. Beliau mempunyai adik-beradik seramai sembilan orang di mana kakak dan juga adiknya turut terlibat dalam dunia seni hiburan.
Emma sering dig0sipkan bercinta dengan beberapa orang pelakon lelaki iaitu Zizan Razak dan Kamal Adli. Namun tiada siapa menyangka akhirnya Emma memilih seorang juruterbang, Shazli Azhar sebagai suaminya. Perkahwinannya ini agak mengej0tkan ramai peminatnya kerana kisah percintaan antara mereka tidak diketahui umum.

Menerusi akaun Instagram, satu video Emma dan suaminya telah dikongsikan. Video yang berdurasi seminit ini menunjukkan Emma kelihatan begitu manja sekali walaupun hanya bersembang. Alahai.. bersemut sungguh pasangan pengantin baru ini !!
Rata-rata netizen tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan ini. Antara komen-komen mereka :
” Selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga ke jannah Aamiin… “
” Ada persamaan pada wajah.. “
” Sweet nya emma_maembongofficial.. “
” Sweet nya.. “
Alahai, mestilah Emma sweet dengan suami sendiri kan. Seronok tengok pasangan sama cantik sama padan ini. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat pengantin baru kepada Emma dan suami. Semoga berbahagia selalu dan jodoh berkekalan sehingga akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shukri Kylez Emma, Emma Maembong by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
