Artis / Selebriti
” Sweet Rayyan tolong mama. Suara arwah papanya sangat Rayyan ni.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Gelagat Siti Nordiana Dan Anak Terunanya, Rayyan Nakhaie Memasak Di Dapur Menghiburkan Warganet. Rajin Juga Si Rayyan Ni, Ringan Tulang Tolong Mama. Part Potong Bawang Dengan Paru Tu Paling Lawak. Ad0ilah Rayyan, Sopan Betul !!
Selain bergelar penyanyi dan pelakon, pelantun lagu Cinta Hanya Sandaran, Siti Nordiana juga berjinak dalam perniagaan berasaskan makanan. Siti Nordiana atau mesra dengan nama Nana kini menjual sambal paru hasil air tangannya sendiri kepada umum.
Meninjau akaun Instagram Siti Nordiana, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Nana bersama anak bujangnya, Rayyan Nakhaie memasak di dapur. Nana sedang menyiapkan semua tempahan untuk sambal parunya ini dan meminta pertolongan Rayyan.
Awal-awal video lagi gelagat Rayyan sudah mencuit hati warganet. Teliti betul Rayyan mengupas bawang sehinggakan Nana mengatakan m1steri betul cara pengupasan bawang si Rayyan ini. Sampai keluar terus loghat nogori mama tengok Rayyan kupas bawang.

Selepas itu, Rayyan ditegur lagi oleh Nana caranya memot0ng paru. Alahai anak, dibuatnya paru seperti kek lah pula. Panjang Nana menyebut nama Rayyan kali ini. Rayyan semakin tinggi sekarang dan suaranya tak ubah seperti suara arw4h papanya, Faizal Yusup.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Nana ini telah pun meraih hampir 300 komen daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sweet tol ayyan tolong mama hihih.. Syok la dengar Nana cakap nogori.. How i wish i pandai makan benda ni.. ”
” Ryan dengan mama dah macam kakak dengan adik. Langsung tak nampak mama tu mama yer.. Kelakar pulak tengok Rayyan kupas bawang dengan potong paru tu haha.. ”
” Mama : macam potong kek ek hahha.. Rayyan potong kek lapissss sarawak ke. Comel je mama dengan anak ni.. ”
” Mader ke kakak ni haha.. Semoga dipermudahkan urusan. Besar dah rayyan. Mama pun makin cantik aihhh. Semoga dilimpahi rezeki.. ”
” Dia la promote.. dia la potong bwg, dia la masak.. dia la packing.. dia la penyanyi.. dia jgk buat live sambil makan sambil jual… adehhhh… letih.. ”
” So sweet Nana dengan Rayyan.. Seronok tengok anak dengan mama masak-masak. Macam adik tolong kakak masak je ni hehe.. ”
” Ini mak ngan anak ke? Cam adik ngan kakak je.. so sweet, moment ibu dan anak.. sweet rayyan tolong mama.. Suara arw4h papanya sangat Rayyan ni.. ”
” Suka tengok gelagat dua beranak, macam adik dengan kakak je. Mama tahan mar4h la tu, Rayyannn panjang dipanggil mama tu hehe.. ”

Lucu juga apabila anak teruna menolong mama di dapur. Dalam tak pandai pun tetap Rayyan gigih membantu mamanya ini. Semoga Nana murah rezeki selalu dan jualannya ini mendapat sambutan yang hebat daripada para peminat Nana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Nordiana Alias
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti18 hours ago Artis / Selebriti18 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
