Artis / Selebriti
” Sweet betul lah Matin ni, dia lah penyeri keluarga.. ” – Komen Netizen
Video Thalita makan kek yang dibuat oleh adiknya, Ariq Matin sempena birthday Thalita yang ke 12 tahun. Wah, Thalita kata sedap kek Matin buat. Comel Matin pakai kostum penyu, dah macam Ninja Turle lah. Siap berjoget lagi, hehe..
Bagi yang mengikuti perkembangan pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu, pasti mengetahui yang Shuib sering berkongsi perkembangan anak-anaknya kepada umum. Antara yang menarik perhatian warganet adalah telatah anak ketiga Shuib iaitu Ariq Matin yang sering mencuit hati ramai.
Terbaru meninjau di akaun Instagram Shuib, telah dimuatnaik video yang memaparkan Matin ada membuat kejutan kepada kakaknya, Dzahira Talita Zahra. Menerusi video itu, Thalita sedang makan kek dan kata Thalita, kek tersebut dibuat oleh Matin untuk dirinya.
Kedengaran suara Shuib memuji sikap Matin yang dikatakan seorang anak yang rajin dan sweet kerana suka menyediakan makan dan minum untuk ahli keluarga yang lain. Bukan itu sahaja, telatah Matin yang comel memakai kostum penyu juga turut mengundang tawa warganet.

Sehingga kini perkongsian terbaru oleh Shuib itu telah menerima ribuan tanda suka setakat artikel ini ditulis. Alahai sweet sungguh cara Matin buat kejutan untuk Thalita tu. Difahamkan, esok tanggal 17 Mei merupakan hari lahir Thalita yang ke 12 tahun.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Shuib ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan warganet kepada Matin. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Ya betul Anak no 3 prihatin dan penyayang.. Sweet betul lah Matin ni, dia lah penyeri keluarga.. Selamat hari lahir kakak.. “
” So sweet Matin buatkan Kek utk Kakak Thalita. HAPPY BIRTHDAY kakak Thalita.. Semoga kakak menjadi anak yang baik buat daddy, ibu n mummy.. “
” Adik lelaki sy no 3 siap cium dahi sy lg time sy sakit kena operate dl… Padahal masing2 da besor da… Takut nau kakak dia ni tak blk rumah da.. lelaki anak no 3 memang sweet.. “
” Kek birthday by Matin the Turtle, comelll ehh.. Seronok tengok gelagat Matin, seornag yang ceria, manja, sweet sangat.. “
” Saya anak 3 hadir, mestila ingatan birthday org. Sanah Helwah dekta semoga Allah merahmati di pjg umur dan murah rezeki dan dipermudahkan urusan.. “
” Halahhh matin dtg dgn ninja turtle la ekk hahahah comel gile..Btw anak no 3 mmg sweet.. Yeaaa anak no 3 memang romantic.. “
” Betol lah anak no3 mmg sweet macam lollipop..Banyak akal Matin nie, tapi sweettttt.. Pandainya mateen buat kek, happy betul Thalita makan kek sedap.. “
Tak henti-henti Thalita memuji kek yang dibuat oleh Matin itu, seronok tengok keakraban anak-anak Shuib ini. Diam tak diam, cepat betul masa berlalu, anak-anak Shuib sudah besar dan mereka saling menyayangi antara satu sama lain. Bahkan akui warganet selepas menonton video Shuibi ini, anak lelaki nombor tiga memang sweet dalam keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


