Artis / Selebriti
” Sumpah tak tahu dia dah kahwin. So perfect lah family ni.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Terbaru Daler Yusuf Video Bersama Isteri Dan Anak-Anaknya Cur1 Perhatian Warganet. Eh Eh Ramai Yang Tak Tahu Daler Dah Kahwin. Comel Sangat Anak-Anak Daler Ni, Mata Semuanya Cantik Dan Mengancam !!
Perkongsian pelakon kacak berketurunan Uzbekistan, Daler Yusuf beberapa hari yang lalu menunjukkan keputusan imbasan bakal anaknya yang akan lahir mengejutkan ramai peminat. Ramai yang tidak menyangka si tampan ini sebenarnya sudah berstatus suami orang dan telah memiliki 3 orang cahayamata.
Pandai Daler menjaga privasi keluarganya sehingga kan peminat pun tidak dapat menghidu status sebenar Daler. Meninjau akaun Tiktok Daler Yusuf, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Daler bersama isteri dan anak-anak kesayangannya.
Melihat video Daler ini, ramai yang memuji kecomelan wajah anak-anak Daler. Berwajah kacukan Uzbekistan, berkulit putih dan memiliki sepasang mata yang bulat serta bulu mata lentik, ianya mendapat perhatian dan pujian daripada warganet.

Tak puas melihat wajah cute anak-anak Daler ini. Isterinya juga cantik dan ayu orangnya. Satu family muka nampak seiras sahaja semuanya. Usik warganet, family Daler ini boleh menjadi model ubat gigi kerana gigi mereka yang cantik dan tersusun.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@daleryusuf1 My little Family ❤️ #fypシ
Sehingga kini, perkongsian oleh Daler ini telah pun meraih lebih 140 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mula-mula heran jugak aku macam mana video orang arab boleh naik dekat fyp aku.. sekali daler yusuf la.. ”
” Aku je ke yg baru tahu dia dah kahwin anak dah 3 dah beb tekezutt kiteeeeww ketinggalan betul nii aku.. ”
” Ingatkan single lagi daler yusuf ni.. Sumpah xtau dia dh kawin, so perfect lah family ni lawa mata.. cantiknya mata mereka. yang kecik bawah sekali tuuuu.. ”
” Sempurna.. mak Pak lawa, dapat keluaran semua comel, cantik, segak.. memang pakej lengkap.. Cute. Boleh buat iklan ubat gigi semua nya.. ”
” Wah pandai simpan rahsia.. Alhamdulilah.. suka tgk. Muka depa semua sama. Dari pak, mak ke anak2.. ”
” Sejak bila Daler ni kahwin ek.. Weh anak dia yang memula tu, bula mata sangat love lah.. Semua mata cantik lah.. ”
” The real artis tak post kebahagiaan in social media and now bahagia sampai dh anak 3 pun netizen rmai tk tahuu.. daler ni dh la tak pernah ada controversy. sgt humble dan family yg bahagia.. ”
” Mashallah first time ni tengok beautiful family.. Comelnya anak-anak daler, wife pun cantik betul.. ”
Pandai Daler menyembunyikan status perkahwinannya. Pasti ramai peminat yang terkejut dengar perkongsian Daler. Apa-apa pun sama-sama kita mendoakan semoga Daler sekeluarga sentiasa bahagia selama-lamanya. Alahai tak boleh move on lah tengok wajah isteri dan anak-anak Daler ni.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Daler Yusuf
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti16 hours ago Artis / Selebriti16 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															 
									 
																	
