Artis / Selebriti
” Sumpah nangis dengar, nyanyi guna hati dua-dua ni.. ” – Komen Netizen
Video Thalita dan Umairah berduet mendendangkan lagu arwah Siti Sarah buat warganet sebak. Suara Thalita sebijik suara ibu, touching dengar duet Thalita dan Umairah..
Ketika awal kemunculan Thalita di Busking Era Bukit Bintang dahulu, anak Siti Sairah, Umairah turut ada bersama. Umairah juga memberikan sokongan dan menyanyi bersama Thalita yang pada waktu itu menangis ketika menyampaikan lagu arwah ibunya, Siti Sarah.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Siti Sairah Tarudin, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan persembahan duet Thalita dan Umairah di majlis Meet and Greet Thalita bersama peminatnya yang diadakanpada 29 November yang lalu.
Lagu Siti Sarah berjudul Tinggalkan Diriku menjadi pilihan Thalita dan Umairah. Saat Thalita membuka mulutnya sahaja sudah membuatkan ramai meremang kerana tone suara Thalita yang saling tak tumpah seperti Siti Sarah. Mendengar suara Thalita seperti mendengar Siti Sarah yang menyanyi.

Lagu ini mempunyai lirik dan melodi yang menyentuh hati dan apabila dinyanyikan oleh Thalita, kesedihan itu lebih terasa. Umairah juga semakin matang dan merdu suaranya. Umairah masih sama seperti dahulu, sentiasa ada di sisi Thalita untuk mendokong nyanyian adik kesayangannya itu.
Jom tonton video di bawah :
@sitinursairahtarudin_new ❤️🥹 Penyambung Legasi Bintang ❤️@umairahofficial_ @tatatintun
♬ bunyi asal – sitinursairahtarudin_new – sitinursairahtarudin_new
Sehingga kini, perkongsian ini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Penerus generasi Siti Nursairah ngan Siti Sarah. Sumpah nangis dgr ni td dlm live nana wife mamat sepah tu. nyanyi guna hati Dua2 ni.. “
” Thalita bila ckp lembut suara,bila nyanyi garang, sedap mcm ibu.. entah kenapa rasa kenaa sgt arwah dan suib dulu pilih nama Thalita.. “
” Teringat umai support thalita nyanyi dekat bukit bintang. fly high umai & thalita, semoga kalian terus berjaya.. Mesti best kalau record balik lagu ni.. “
” Di awal dekta perform dulu, Umai yg ada dgn dia. Semoga hubungan mereka terus berpanjangan.. sedihnya lagu ni, thalita dan umai nyanyi dengan cukup baik.. sampai ke hati.. “
” Ya Allah thalita.. bukak mulut ja .. aura kamu.. dekta bukak je mulut aku da meremang… subhanallah dektaaaaa.. bestt nya suara dektaa.. “
” Sedap btul tone dek ta ni.. rindu arwah sarah.. dia ada low note mak dia.. ni baru 12 taun dh power.. nti lama2 msti power mcm sarah.. “
” Thalita kalau hafal lagu nie, lagi sedap. sbb suara dia tue unik sngt.. mantapp suara berdua ni.. betul penyanyi bakal berjaya nanti.. “
Suara Thalita semakin merdu dan apabila digandingkan bersama Umairah, semakin sedap kedengaran lagu tersebut. Bukan hanya sekadar menyanyi tetapi menusuk ke hati penghayatannya itu. Semoga karier nyanyian Thalita dan Umairah terus bersinar dan menjadi penyanyi pelapis yang berjaya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sitinursairahtarudin_new
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

