Artis / Selebriti
” Sumpah memang kelakar betul lah perangai mak mertua dan menantu ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video Sheila Rusly bersama menantunya, Beatrice Chitra dalam sebuah rancangan memasak buat ramai terhibur. Part Sheila menahan sabar dengan perangai menantunya tu kelakar sangat. Dua-dua perangai masuk air, haha..
Bagi yang gemar mengikuti perkembangan Sheila Rusly, pasti mengetahui betapa akrabnya hubungan Sheila bersama menantu-menantunya. Sikapnya yang terbuka dan penyayang membuatkan ramai kagum melihat keharmonian yang terjalin antara Shiela dengan Elisya Sandha dan Beatrice Chitra.
Terbaru, menerusi akaun Instagram miliknya, Sheila memuatnaik video memaparkan dirinya bersama Beatrice dalam sebuah rancangan masakan. Menerusi perkongsian tersebut, kedua-duanya bekerjasama menyediakan juadah Ayam Sambal Kukus. Dari awal hingga akhir, suasana di dapur jelas kelihatan ceria dan penuh dengan gelak tawa.
Namun, apa yang benar-benar mencuri perhatian ramai adalah gelagat spontan mereka berdua. Beatrice dilihat selamba membalas kata-kata Sheila, malah ada kalanya seperti ‘melawan’ secara manja. Cara Beatrice bersahaja dan berseloroh itu membuatkan penonton terhibur melihatnya.

Sheila pula memberi reaksi yang cukup mencuit hati. Walaupun kelihatan seperti cuba menahan sabar, riak wajahnya jelas menggambarkan rasa sayang dan terhibur dengan perangai menantunya itu. Interaksi mereka tampak natural dan tidak dibuat-buat sehingga menyerlahkan hubungan yang mesra.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton video tersebut dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sumpah memang kelakar betul lah perangai mak mertua dan menantu ni, haha.. Tak da dah ketuk-ketuk ya… Main hempuk terus.. “
” Nasib baik cikgu ni tak nekan2. Mungkin sbb ada asst yg kuat melawan, HAHAHA.. Suka betul kita dengan gabungan mcm ni.. “
” Menantu yg nombot 2 nie dia macam kelakar sikittt ehh.. otak gila² pun yerrr .. Nak next episode pleaseeee.. “
” Aduhh aku mmg suka anakberanak ni tawwwwww… Gerammmmm je tengok, hahaha.. Ni btol2 menantu hantu ni.. “
” Aaa…. Bestnya, kelakar eh duo nie, ha terubat rindu nk tgk ketuk² ramadan.. Sheila dan Trice sangat natural and menghiburkan.. “
” Hahahaha sporting mak mentua dan menantu.. Menantu yang ni boleh buat gugur rambut ye.. Rindunya ketuk2 ramadhan dulu hehe.. “
” Gabungan mertua dan menantu yang terbaik.. Sis Sheila jangan stress kena panggil makcik, hahaha.. “
Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai pujian daripada warganet yang menyifatkan mereka sebagai contoh hubungan mertua dan menantu yang harmoni. Ramai yang menyukai cara Sheila melayan menantunya seperti anak sendiri. Jelas sekali, kemesraan dan keikhlasan yang dipamerkan membuatkan ramai rasa seronok serta terhibur menontonnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sheilarusly_jspictures
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

