Artis / Selebriti
” Suka tengok cara Watie tenangkan Thalita. Penuh rasa kasih sayang seorang ibu.. ” – Komen Netizen
Video Watie Hanifiah menenangkan Thalita yang sedang menangis selepas program Talk To My Manager buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok..
Semalam berlangsungnya konsert separuh akhir Talk To My Manager dan tiada penyingkiran berlaku. Keenam-enam bintang iaitu Marsya (Liza Hanim), Ammar (Ameng Spring), Amad (Siti Saerah), Thalita (Shuib), Hadie (Ina Naim) dan Auddra (Sharifah Shahirah) mara ke konsert final pada minggu hadapan.
Persembahan minggu separuh akhir ini sangat memukau daripada semua perserta. Meninjau di akaun Instagram milik Shuib, telah dikongsikan video yang memaparkan anaknya, Thalita sedang menangis di sisi ibu tirinya, Watie Hanifiah.
Difahamkan Thalita menangis kerana mendapat kedudukan tiga terbawah pada minggu ini. Di ruang kapsyen, Shuib memberikan kata-kata semangat kepada Thalita untuk minggu final nanti. Perkongsian video ini turut mencuri perhatian warganet.

Warganet mengatakan tersentuh melihat cara Watie menenangkan Thalita. Komen mereka lagi, Thalita begitu beruntung kerana memiliki seorang ibu seperti Watie yang setia berada di sampingnya walau dalam apa jua keadaan. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Shuib itu telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video ini dan memberikan kata-kata semangat kepada Thalita. Antara komen-komen menari adalah :
” Aku suka tengok cara Watie tenangkan Thalita. Penuh rasa kasih sayang seorang ibu.. Thalita sentiasa Juara di hati kami. Thalita jgn sedih. Doa dan sokongan buat Thalita x pernah berbelah bahagi.. “
” Dekta tgk smngt Hadi.. Every week bottom 3 tp die tetap smngt utk perform, moga terus kuat dekta dlm bidang seni ni.. All d best final.. “
” Awak bolh syg.. Kami peminat tega awak dr arwah mak awak lagi sekrg awak dh no shatu di hati semua peminat awak termasuk sya.. “
” Awak mmg berbakat besar terus kan jgn mudah putus asa ya syg… Awak dh juara bg kmi semua.. Luv you Dekta.. “
” Beruntung Thalita dpt mummy yg penyayang walaupun bkn ibu kandung.. Contoh ibu yg baik Watie.. Alhamdulillah.. “
” Alhamdulilah, Thalita dpt masuk Final. You dah buat yg terbaik and you make your parents proud of you at your age of 12years old.. “
” Hebatnya mummy sentiasa membahagia ank2 yg sgtttttt memerlukan ibu. Bukan Dekta tak bagus , tapi smlm underdog semua performed habis habisan , final nnti Dekta kena all out and give your best.. “
Jelas kelihatan betapa sayangnya Watie kepada Thalita, sentiasa berada di sisi memberikan semangat kepada Thalita. Beruntung Thalita kerana ramai yang menyayanginya. Semoga Thalita akan membuat sehabis baik untuk konsert final pada minggu hadapan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

