Artis / Selebriti
“ Suka sangat cerita ni sampai letak nama anak pun Madihah.. “ – Netizen
 
																								
												
												
											Datin Anne Ngasri Kongsi Video Gambar-Gambar Pelakon Drama Dunia Baru Dahulu Dan Sekarang. Alahai Menggamit Kenangan Sungguh, Semakin Handsome Dan Cantik Semuanya !!
Sebuah drama yang pernah popular sebelum ini dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh penonton terutamanya golongan remaja tidak lain tidak bukan, Dunia Baru. Dilakonkan oleh beberapa selebriti yang sememangnya berbakat menjadikan drama tersebut sentiasa mendapat tempat di hati penonton.
Terbaru, salah seorang pelakon drama ini, Datin Anne Ngasri telah berkongsi paparan video yang memaparkan wajah beberapa barisan pelakon lain dahulu dan sekarang. Walaupun drama itu telah lama berlalu namun wajah pelakon- pelakon tidak banyak yang berubah. Masih kelihatan sama malah semakin cantik dan handsome semuanya.
Jika peminat yang mengikuti dan menonton drama ini pastinya mengimbau semula kenangan zaman belajar. Bukan itu sahaja semasa drama ini ditayangkan ada yang tidak sabar untuk masuk ke universiti. Alahai memang betul-betul drama yang sangat menghiburkan sampai orang terbawa-bawa dalam watak kehidupan sebenar.

Watak yang dimainkan oleh pelakon-pelakon sangat bersahaja dan lawak dengan gaya sp0ntan mereka. Bukan itu sahaja, watak mereka juga kelihatan sangat semulajadi. Memang pelakon-pelakon berbakat semuanya. Semuanya pandai menghayati watak masing-masing
Jom ikuti perkongsian video di bawah :
Perkongsian ini telah mendapat banyak tanda suka. Ternyata ramai penonton yang masih mengingati drama kegemaran mereka ini. Malah, ada yang sanggup membeli DVD dan menunggu di hadapan TV untuk menonton tayangan. Antara komen- komen yang dit1nggalkan :
“ Rinduunyaaa semuaaaa.. “ – Almy Nadia
“ Madiha dan iqram paling klakar.. Rinduuu nye dengan cerita dunia baru ni.. teringat mase mude2.. layan la cite ni part paling suke tajuk gn anne besttttt.. “
“ Ya Allah, suka sangat cerita ni walaupon masatu umur saya kecil lagi.. sampai terbawa bawa lakonan tu ke real life saya.. Movie yang sangat quality.. “
“ Tp best couple dlm ni madihah dan iqram laa.. touching time madihah craving pizza ke pa ntahh.. rindu g1lerrr cite ni.. disebbkan suka sangat kat watak madihah tu.. tak memasal letak nama satu2nye anak pompuan kite madihah gak.. “
“ Time sy nak abis skolah cite ni.. Mmg the best drama.. Time tu kebetulan nk masuk U kan.. Environment cite ni pon kt unisel.. fav gila ctew ni dlu… lg2 jam gn gelang elyana tu… g1la2 kmpul duit skolh.. nk bg sma.. “
“ Kejap je mase berlalu.. terasa mcm dah tua sgt skrg bile tgok cerita dunia baru nie.. haha.. seruan hati ku meronte – ronte.. dialog ni melekat smpai skrg.. best drama dan movie.. “
“ Cerita yg wajib tgk.. Part paling win bila makcik tu mengeja ikut jawi.. I suka sgt tgk Dunia Baru dulu.. now I am old oredi.. Dunia baru tak nak buat comeback ke… peminat setia.. “
“ Drama paling di tunggu setiap Isnin time belajar… malam jak berkumpul semua kami depan tv.. Tgk the movie nya lagi ramai² p pawagam… Menggamit memori betul zaman belajar… “
Alahai betul-betul menggamit memori zaman belajar. Drama yang sangat dirindui oleh peminat mereka tersendiri. Bukan itu sahaja, ada yang minta agar drama ini ditayangkan semula. Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan semoga Anne dan rakan artis sentiasa bahagia dan terus berjaya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG annengasri_official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti19 hours ago Artis / Selebriti19 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
