Artis / Selebriti
” Suka melihat diaorang ajar anak, semua jenis membantu. Tak sombong walaupun kaya raya.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video sekitar majlis sambutan Maulidul Rasul anjuran Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida di Wisma Dherbs raih pujian ramai. Terharu tengok cara Dato’, Datin, Amayan dan Qadejah meraikan semua tetamu . Contoh orang kaya dan ibu bapa terbaik..
Hari ini sempena hari Maulidul Rasul, pasangan usahawan berjaya, Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida telah pun menganjurkan satu majlis sambutan di Wisma Dherbs. Sebagaimana yang diwar-warkan oleh Datin Shahida sebelum ini, pihak mereka akan mengadakan jamuan makan kambing untuk semua yang datang.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shahida Dherbs, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika sambutan itu sedang berlangsung. Tidak hanya Dato’ Aliff dan Datin Shahida, malah anak-anak mereka, Ammar Ahyan dan Qadejah juga ada bersama-sama.
Acara dimulai dengan perarakan Maulidul Rasul di luar perkarangan Wisma Dherbs. Dianggarkan lebih 500 orang turut serta dalam majlis ini. Setelah selesai perarakan, Datin Shahida sendiri turun padang memasak kari kambing untuk dijamu kepada semua tetamu.

Kesungguhan Datin Shahida, Dato’ Aliff, Ammar dan Qadejah menyantuni tetamu mendapat pujian ramai. Orang kaya tetapi tidak pernah menyombong diri dan selalu ramah dengan orang di sekitar mereka. Tidak kekok Ammar dan Cess membantu kerana mereka sejak kecil lagi sudah diajar untuk multi tasking.
Jom tonton video di bawah :
Sejak perkongsian ini dimuatnaik, ianya telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bila tengok org kaya pun masak sendiri baru terfikir mcm mana mereka boleh kaya.. mereka pasti pandai menyimpan.. tu rahsia utama.. kemudian suka berkongsi rezeki.. hebat.. “
” Alhamdulillah.. suka tgok mama dengan papa buat program macam ni.. duit digunakan dijalan redha Allah.. salam maulidul rasul mama papa.. “
” Sukanya tengok dato dan datin buat majlis ni. Semoga Allah melipat gandakan rezeki keluarga dato dan datin.. “
” Lagi kaya lagi banyak sedekahnya mashAllah. lagi banyak rezeki bertambah . Bangga jadi orang Islam yang kaya sebb mampu buat sedekah.. “
” Alhamdulillah… tahniah dato datin. Seronok tgk ramai yg join.. mulianya hati mama papa dan keluarga.. selalu menyantuni org lain.. semoga menjadi berkah rezeki yg Allah berikan utk klrga ini.. “
” Masyaallah… Mulia nya hati pasangan NI.. walaupun dah berada Di atas.. tak lupa utk Berkongsi Rezeki dkt org lain.. semoga Allah Gandakan Rezeki Dato’ aliffsyukriterlajaklaris & datin shahidadherbs.. “
” Suka melihat diaorg ajar anak. semua jenis membantu. walaupon kaya, tak sombong dan bersederhana dalam setiap perkara.. Semakin kaya dato & datin sekeluarga, semakin banyak sumbangan untuk Agama.. “
” Alhamdulillah. MasyaAllah… bagus Dato & Datin mengimarahkan Maulidur Rasul. Dari mak, ayah sampai ke anak-anak semuanya merendah diri dan tak sombong walaupun kaya raya.. salute dato aliff sekeluarga.. “
Majlis yang meriah dan cara Dato’ Aliff, Datin Shahida dan anak-anak meraikan tetamu begitu menyentuh hati. Didikan dan asuhan terbaik pasangan ini agar anak-anak mereka juga akan selalu membuat kebaikan dan kebajikan. Tahniah Dato’ dan Datin dan salam Maulidul Rasul daripada kami di Berita Kopak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti22 hours ago Artis / Selebriti22 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															
