Artis / Selebriti
” Suka cara Dato Seri Mahadi layan emak dia.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Dato Seri Mahadi Dan Datin Seri Heliza Melayan Ibu Mereka Terima Pujian Ramai. Wah, Nampak Mesra Menantu Dan Ibu Mertua. Siap Makan Bersuap Lagi !!
Meninjau ke akaun Instagram Dato Seri Mahadi iaitu suami kepada Datin Seri Heliza Helmi, video yang dikongsikan bersama ibunya telah meraih perhatian ramai. Puan Hamidah atau cikgu Midah merupakan ibu kepada Dato Seri Mahadi.
Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan pasangan pengantin baru ini sedang makan di sebuah kedai makan. Apa yang menarik ialah kedua-duanya turut menyuapkan makanan ke mulut si ibu dan jelas kemesraan antara Heliza dan ibu mertuanya itu.
Ada yang merasa seb4k melihat cara Dato Seri melayan ibunya dengan begitu baik. Sikap Heliza yang turut sama menyantuni ibu mertuanya juga mendapat pujian ramai. Nampak kebahagiaan di wajah masing-masing.

Perkongsian ini telah mendapat lebih daripada 8 ribu tanda suka buat masa ini sejak ia dimuatnaik. Dato Seri Mahadi berasa sangat bertuah kerana mempunyai dua bidadari yang hebat iaitu ibu dan isterinya.
Jom tonton video di bawah :
Ramai netizen memuji cara Dato Seri Mahadi melayan ibunya. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Same nama dgn arw4h ummi saya Hamidah, asal sik kedah… Alfatihah untuk syurgaku Hajjah Hamidah Abd Hamid.. “
” Alhamdullillah nampak sangat bahagia bersama2 insan2 yg dikasihihi hingga ke Jannah.. Bertuah nya di apit dua wanita istimewa di sisi … “
” MasyaAllah Alhamdulillah bila dpt jodoh solehah berilmu cantik pulak tu, abg dee bahagia.. mak midah bahagia.. kakja bahagiaa.. berganda ganda happinesss.. “
” Allahuakbar .. menitis air mata .. saya dh tkde mak ya Allah kuatkn hati aku.. Moga menjadi isteri & menantu solehaH.. “
” Seronok dn bahagia klu anak hormat dn utamakan emak.. Tapi tak semua anak mampu buat mcm ni.. Saya bersyukur walaupun tak kaya, rezeki kami berkat doa seorang emak.. “
” Saya suka cara Dato Sri mahadibz layan emak dia.. Pernah tengok vedio lama dia dulu melayan emak dia dgn baik.. Saya dah cakap dalam hati anak yang Soleh ni.. ”
Bila kita ingin berjaya atau bahagia, kita perlu membahagiakan ibubapa. Restu ibubapa amat penting dalam apa jua tindakan kita. Semoga Dato Seri Mahadi dan Datin Seri Heliza sentiasa bahagia hingga ke jannah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Dato Seri Mahadi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
									
