Artis / Selebriti
” Suara Uwais, lembut lemak merdu. Ada tone ala ala country singer.. ” – Komen Netizen
Shuib Sepahtu kongsi video terbaru Uwais Alqarni menyanyi lagu Tears In Heaven sambil bermain gitar raih pujian warganet. Fuh sedapnya suara, petikan gitar pulak smooth je. Hebat lah Uwais..
Uwais Alqarni merupakan anak sulung kepada Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah Raissuddin. Uwais sebelum ini banyak menonjol dalam sukan golf dan banyak kejayaan yang sudah ditempa oleh anak teruna Shuib ini. Kini, Uwais menunjukkan pula bakatnya dalam bidang nyanyian.
Bagi warganet yang mengikuti perkembangan keluarga Shuib, pastinya sering menonton video Uwais menyanyi dan bermain piano atau gitar. Sama seperti adiknya Thalita, Uwais juga mewarisi bakat seni arwah ibunya dan suara Uwais seringkali mendapat pujian.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dimuatnaik satu video terbaru Uwais. Bersama gitar kesayangannya, Uwais mendendangkan lagu berjudul Tears In Heaven. Alunan suara Uwais sedap dan tidak dijemu didengar oleh warganet.

Petikan gitar Uwais juga lancar dan menambahkan lagi tarikan pada nyanyiannya itu. Betul kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Uwais bukan sahaja memiliki wajah seperti Siti Sarah tetapi bakat menyanyi juga sama. Pastinya ibu juga bangga melihat Uwais sekarang seandainya ibu masih ada.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hensem bunyi nyaaa. Bakal legend ni. Amat amat dahsyat.. Paduu bang, adjust satu cover bang dgn anak abang.. “
” Uishhh gila suara uwais hebat. Anak abg suib ni anak dia semua talented.. Uwais ni jenis merendah diri tapi boleh maju.. “
” Best suara abg uwais… mana tak tumpah nye kuah kan.. Tlong mana2 komposer buatkan lagu untuk dia ni terbaik suara.. “
” Suara sedap tapi pemalu anak teruna ni. Suara Uwais adalah campuran arwah siti sarah dan Shuib. Mmg umphhh kalau digilap lagi.. “
” Ada barang Uwais ni. Gitar power, golf power.. mantap lah Uwais. Aizat Amdan 2.0.. barang jadi.. lagu fav opah ni uwais.. “
” Anak abang ada barang ni, mahal ni.. very talented man.. Suara Uwais,lembut lemak merdu.. ada tone ala ala country singer.. “
” Fuh gitar bangsawan ni.. Good job young man.. wonderfully executed.. berbakat sangat uwais ni, suara bapak sedap. padu bang, adjust satu cover bang dengan anak.. “
Uwais sememangnya berbakat dan ada auranya yang boleh digilap. Bak komen warganet, Uwais seperti jelmaan Aizat Amdan 2.0. Semoga Uwais akan menjadi seorang penyanyi dan pemuzik yang hebat dan mengharumkan nama keluarga suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

