Artis / Selebriti
” Suara Raysha ni memang unik dan sedap. Lain daripada yang lain.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Raysha Rizrose Menyanyi Lagu Raya Raih Pujian Ramai. Wah Sedap Betul Suara Raysha Ni. Suara Tu Ada Husky Sikit. Secukup Rasa, Lunak Dan Merdu !!
Siapa tidak kenal dengan pemilik nama Raysha Rizrose. Adik kepada Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose ini juga turut bergelar pelakon sama seperti kakak-kakaknya. Namun Raysha ada satu lagi kebolehan dan bakat iaitu pandai menyanyi dan mempunyai suara yang sedap didengar.
Menerusi Instagram Raysha Rizrose, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Raysha Rizrose menyanyikan lagu raya ditemani beberapa orang pengiring. Suara Raysha itu mendapat perhatian ramai kerana kelunakan dan keunikan suaranya itu.
Walaupun nyanyiannya cuma seketika, namun itu cukup membuatkan warganet terhibur. Raysha turut mengucapkan selamat hari raya kepada semua pada ruangan kapsyennya. Bagi yang mengikuti Raysha, pastinya pernah mendengar suara merdu Raysha ini.

Sebelum ini juga, Raysha pernah beberapa kali berkongsikan videonya membuat cover lagu dan ianya memang mendapat jumlah likes yang banyak daripada warganet terutamanya peminat Raysha. Ada lunak merdunya yang tersendiri dan sedikit husky, ianya membuatkan kelainan pada suara Raysha.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dah la cantik, comel, cute pastu pandai nyanyi pulak tu. Sedap sangat suara tu, tak puas lah dengar.. ”
” Love teruk lah Dada.. sedapnya suara Raysha ni.. lepas dengar yg ni terus pergi cari medley raysha coverrr tu. Sedap gilaaa suara.. ”
” Alahai sedapnya suara dia, dahlah cantik sangat-sangat pulak tu.. Best giler saya dengar suara Raysha nyanyi. Boleh buat album.. ”
” Sedapnya suara, please full song dear.. sikit sangat tak puas dengar. Dah lah cantik, suara pulak gooseboom dengar.. ”
” Uniknya suara Raysha ni, boleh masuk ke masked singer ni. suara dia mmg sedap. rsa lagu2 ajl tahun 2021 kot die cover skali dgn hannah delisha.. ”
” Cantik suara sedap setakat ni tkde kontroversi bijak winner dewi remaja kn. cukup pakej tu.. BCL Malaysia ni.. suara bercakap pun sedap, apatah lagi nyanyi.. ”
” Suara Raysha ni memang unik dan sedap. Lain dari yang lain suara dia, tu yang istimewa dengan suara Raysha.. ”
Masing-masing tak puas mendengar nyanyian Raysha ini, pendek sangat videonya. Kalau Raysha cover full lagu tentu lagi seronok. Apa-apa pun, suara Raysha terbaik dan lain daripada yang lain. Semoga suatu hari nanti, Raysha boleh keluar dengan single sendiri. Mana tahu boleh melet0p kan, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Xtra
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti22 hours ago Artis / Selebriti22 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															 
									 
																	 
									 
									 
									 
									 
									
