Artis / Selebriti
” Suara pun sama macam suara arwah ibu. Meremang bulu roma dengar Thalita nyanyi.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Thalita Shuib di Ranau, Sabah buat ramai terpukau. Meremang dengar suara Thalita, sempai bersorak orang Sabah dengar Thalita menyanyi..
Nama anak perempuan pelawak Shuib Sepahtu, Thalita semakin dikenali ramai. Thalita juga kini sudah mempunyai peminatnya yang tersendiri yang setia mengikuti perkembangan dan menyokong Thalita sejak kemunculan Thalita dalam bidang nyanyian.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Thalita, telah dikongsikan video yang memaparkan Thalita sedang membuat persembahan di Broneo Food Fest di Ranau, Sabah. Menerusi video itu, Thalita ada menyanyikan sebuah lagu dan nyanyian Thalita tersebut mendapat sorakan daripada orang ramai yang hadir.
Perkongsian video ini juga telah menarik perhatian warganet. Ada yang memuji peningkatan vokal Thalita dan mengatakan suaranya semakin merdu didengar. Bukan itu sahaja, ada peminat mengatakan gaya dan cara nyanyian Thalita seperti arwah ibunya, Siti Sarah.

Perkongsian video persembahan Thalita ini telah mendapat ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Semakin mantap nyanyian Thalita sekarang, ramai betul peminat Thalita di Ranau, Sabah.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video persembahan Thalita ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Suara pun sama macam suara arwah ibu. Meremang bulu roma dengar Thalita nyanyi.. Makin merdu suara Thalita sekarang.. “
” Thalita mewarisi bakat arwah ibu dia.. Ada ibu disebalik Thalita, terima kasih deqta buatkan kami semua lepas rindu dgn Ibu.. “
” Siti Sarah dah tiada tapi Thalita “menghidupkannya” kembali.. Terus rasa mcm Sarah masih ada bila Thalita mendendangkan lagu.. Lagi2 lagu arwah ibunya.. “
” Love you dekta.. Suara dekta makin lama makin lunak.. Fly high dekta.. Semoga kejayaan dan impian akan jadi milik dekta.. “
” Tak Rugi dapat jumpa thalita_shuib Dan bergambar bersama.. Suara memang power habis.. Welcome to Ranau Sabah.. “
” Shuib bab anak2 dia mmg gigih. Tgk saja Uwais kecik2 lg pgg golf. Bab ni aku sokong sgt Shuib sbb dia mmg kutip cara hal anak2. Bagus.. “
” Makin cntik … Suara pon makin matang.. Yezza fly high dear. Biar apa org nak komen Thalita mesti kuat utk terus mencipta nama.. “
Bukan sahaja semakin merdu suara Thalita, malah ramai yang memuji Thalita kelihatan semakin cantik. Apa-apa pun, semoga Thalita terus maju jaya bukan sahaja dalam bidang nyanyian yang diminatinya, malah dalam pelajaran juga dan semoga segala impian Thalita akan tercapai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG thalita_shuib
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

