Artis / Selebriti
” Suara dan vokal dia matang macam usia 20 an.. ” – Komen Netizen
Persembahan Ummi Umairah Di Pentas Akhir World Championships Of Performing Arts (WCOPA) Membawakan Lagu A Natural Woman Yang Memukau Ramai. Fuhhh Meremang Dengar Suara Umai. Patut Lah Boleh Menang !!
Umum sudah mengetahui yang anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Ummi Umairah telah pun berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Pertandingan tersebut berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat.
Umai telah memenangi pingat emas menerusi kategori 2024 Junior Championship Vocalist dengan menewaskan empat peserta lain termasuk dari Emiriah Arab Bersatu dan Afrika Selatan. Meninjau ke akaun Instagram, Umai ada berkongsi persembahannya di pentas akhir tersebut.
Umai telah mempertaruhkan lagu A Natural Woman nyanyian asal Aretha Franklin. Apabila mendengar sahaja suara nyanyian Umai, terasa meremang bulu roma kerana suaranya yang cukup merdu. Sememangnya nyanyian Umai memukau ramai orang.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet sejak beberapa jam yang lepas ia dimuatnaik. Apabila mendengar suara nyanyian Umai pastinya tidak menyangka ia merupakan suara daripada remaja berusia 13 tahun.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara Umairah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Masya’Allah , suara nya bagus , sangat dewasa sekali suara nya , Pas.. unk song ini , mantap .. sang juara yg berbakat Alhamdulillah bawa nama Negara Shabas Umai.. “
” Long jacketnya cukup cantik, tidak buat Umai yang masih muda usianya nampak macam achik-achik pergi kenduri kahwin….. Hopefully sponsor pun kenal berakal jugak kalau nak bagi Umai pakai bajunya walau full sponsor.. “
” Keberanian dan semangat dia yang kita kena puji. Di negara orang. Teknik nyanyian persis charise.semoga berjaya.. “
” Tahniah Tahniah Tahniah Congratulations Congratulations Congratulations Umai Sayang..HAPPY HAPPY HAPPY Gillerrr Weiii Umai Meeenaaaangggg.. “
” INSYAALLAH Umai bwk balik Gold Medal…Brbaju merah mcm tokti mng Bintang RTM… Semoga Umai menang…amin.. “
” Suara, vokal dia matang mcm usia 20’s. Suara besar n sedap d dgr. Patutlh tok ram kata umai akan jafi gergask.. Dr jauh mcm siti waktu muda.. “
” Sti no 2… Stiap kli buka mulut nyayi ada merduye.. meremang bulu roma.. Dah agak dh..mst umai mng nya.. tahniah umai.. “
Cukup merdu dan matang vokal dan suara Umai. Kami di Berita Kopak memgucapkan tahniah kepada Ummi Umairah atas kejayaan yang diperolehi. Semoga dengan kejayaan ini akan menjadi satu platform buat Umai untuk terus berjaya dalam dunia hiburan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Umairah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

