Artis / Selebriti
” Suara Amad dah pecah dan makin sedap. Suara Thalita pun makin best.. ” – Komen Netizen
Video terbaru Thalita dan Amad Dayyan berduet menyanyi lagu Ara Johari, Menjaga Jodoh Orang Lain buat ramai tersentuh. Sedapnya paduan suara Amad dan Thalita. Menyanyi dengan hati, penghayatan tu sampai. Walaupun suara Amad dah pecah, tapi tetap merdu..
Hubungan baik anak-anak Shuib Sepahtu dan Siti Sairah Taruddin iaitu Thalita dan Amad Dayyan diketahui umum. Sebelum menyertai program Talk To My Manager (TTMM) lagi mereka sudah rapat dan selepas tamat sahaja program TTMM, banyak tawaran untuk dua anak muda ini menyanyi bersama.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Theotherqueenf, telah dikongsikan satu video terbaru nyanyian daripada Amad dan Thalita di sebuah majlis. Lagu Menjaga Jodoh Orang Lain nyanyian asal Ara Johari menjadi lagu pilihan mereka dan lagu ini sudah banyak kali diperdengarkan kepada umum sebelum ini.
Suara Amad tidak lagi sama dengan suaranya sebelum ini. Amad yang semakin mendewasa sudah pecah suaranya dan kedengaran sedikit kasar. Namun Amad sangat bijak mengawal suara dan lenggok nyanyiannya masih tetap sama seperti dahulu.

Ramai yang suka melihat telatah Thalita dan Amad di atas pentas. Masing-masing menyanyi dengan penuh perasaan dan penghayatan. Memetik komen warganet, pasangan ini menyanyi dengan hati sehinggakan ramai yang tersentuh mendengar persembahan tersebut.
Jom tonton video di bawah :
@theotherqueenf Replying to @Noraspalela Vitamin untuk semua 🤭 @⚗️AMAD⚗️ @tatatintun #tatamad #tatamadforever💞 #fyp
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dak lanie kenapa aku yang senyum sorang sorang tengok Amad dengan Thalita.. comel overload both of them.. dua dua nyanyi dengan hati, touching betul.. “
” Tengok diorang nie macam da matang.. tak macam budak-budak.. amad nampak mature sangat.. korang ni nyanyi pakai hati lah. sebak pulak dengar.. “
” Suara Amad makin matang… low note dia sedap gila. Suara Thalita pun makin best.. eyy suka sangat tengok diorang ni berduet.. sesuai sangat.. “
” Dalam Amad ada tokti.. best sangat duet amad thalita ni, good chemistry.. Ya Allahh tersengih2 kita nengoknyaaa, tq share video nii, clear sgt.. “
” Terbaiklah, terpadu suara kedua-duanya.. love sangat dekta dengan Amad.. suara dorang memang best, boleh jadi pasangan duet hebat ni.. “
” Suara Amad dah pecah dan makin best. Pandai Amad control suara dan lenggok dia tu.. Thalita pulak makin hari makin bagus, sebijik siti sarah.. “
” Seronoknya tengok duet Amad dan Thalita ni. dorang ada chemistry yang bagus, tambah pula suara dua-dua merdu.. ish tak boleh move on ulang-ulang terus tengok video ni.. “
Baik Amad mahu pun Thalita semakin mantap kawalan suara mereka. Kedua-duanya ada keistimewaan dan kekuatan tersendiri yang menguatkan lagi chemistry antara mereka. Semoga suatu hari nanti bakal ada lagu duet baru Amad dan Thalita.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok theotherqueenf
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

