Artis / Selebriti
” Suara abang-abang adik Amir pun merdu, boleh buat kumpulan nasyid ni.. ” – Netizen
Video Throwback Adik Amir Ketika Berusia 9 Tahun Berselawat Bersama Abang-Abangnya Raih Perhatian Ramai. Alahai Suara Abang-Abang Amir Pun Merdu Juga. Menusuk Ke Hati Dengar Alunan Selawat Adik Beradik Ini !!
Meninjau ke akaun TikTok Termoj Production, perkongsian sebuah video throwback adik Amir Sisi bersama dua orang abangnya raih perhatian ramai. Video yang berdurasi lebih 3 minit ini memaparkan adik-beradik ini sedang mengalunkan selawat.
Pada ketika ini usia adik Amir ialah 9 tahun dan berada di tahun 3. Walaupun masih kecil, adik Amir juga seperti abang-abangnya boleh mengalunkan selawat dengan baik. Ternyata suara ketiga-tiga adik beradik ini cukup merdu dan sedap didengari.
Selain suara mereka, gelagat adik Amir ketika menunggu gilirannya untuk berselawat kelihatan sangat comel. pelbagai mimik muka Amir ketika videonya dirakam. Maklumlah Amir masih lagi kecil dan masih lagi bersikap kenak-anakan.

Perkongsian video ini telah menerima puluhan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Adik-beradik ini memiliki anugerah suara yang hebat dan merdu . Jarang sekali dalam kesemua adik-beradik memiliki kemerduan suara yang sama merdu.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu sebentar jika video lambat keluar.. )
@termoj.production6 #amirsisi #fyp #thechosenone #astroceria #EvolusiBintangBaharu #termojproduction #diaridaripedalaman #puteramuhammad #mariberselawat
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat Amir. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen
” Masyaallah sedap suara adik bradik amir ni, semoga suara ni dpt jadi muazin di masjid nnti.. semoga Allah merahmati cikgu2 yg sentiasa bekorban utk anak2 muridnya.. “
” Masya Allah suara abang2 Amir pun sedap.. terima kasih cikgu²atas bimbingan buat amir dan abg².. “
” Buatlah video clip, lagu2 yg Amir nyanyi di TCO tu, berlatar belakangkan Kemar.. Suara abg2 adik amir pun merdu.. Blh buat kmpulan nasyid ni.. “
” Bestnyaa sora depa weyhhh. Nyanyi lagu camni plak. Banj1r dah bantal akak ni dik. Dr td lagi layan termoj ni. Nangis je aku.. “
” Amir ni buatkan sy teringat dulu masa tahun 90an ada kumpulan oa.sedap sgt suara diorg tp tak ingt dh nama apa group tu.. “
” Tiga2 suara best. Cuma Amir ada keistimewaan nya tersendiri. Setiap bait kata yg Amir lafazkan, menusuk dlm hati. Hanya dgn suara sahaje.. “
” Aduh.. rindunyaa nk tgk Adik Amir & coach Putera nyayi.. selalu hari Rabu mlm msti tggu dpn tv, arini sunyi la.. tgk dlm tiktok je.. “
Rezeki adik Amir dalam program realiti The Chosen one telah melonjakkan namanya semakin dikenali ramai. Asbab daripada itu, latar belakang serta keluarga adik Amir juga turut semakin dikenali, begitu juga bakat adik-beradiknya yang lain.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Termoj Production
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen



