Artis / Selebriti
” I rasa you cari lah satu perempuan lain, kahwin.. ” – Ibu Edika Yusof
Video Edika Yusof bercerita ibunya mencadangkannya supaya berkahwin lagi kerana isterinya sudah lumpuh ketika menjadi jemputan di Dol’s Podcast. Jawapan Edika kepada ibunya menyentuh hati ramai..
Siapa yang tidak kenal dengan nama Edika Yusof. Ketika usia mudanya dahulu, Edika antara hero kegilaan ramai gadis. Edika memiliki wajah yang tampan ini tidak hanya baik budi bahasanya tetapi juga seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak.
Meninjau entry di akaun Instagram Dolspodcast, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan Edika menjadi tetamu untuk podcast kendalian Shuib Sepahtu, Shuk Sahar, Fizie dan Mamat Sepah. Edika berkongsi cerita dugaan yang dihadapi olehnya dan isteri, Nor Hidayah Yusri.
Hebat Edika diuji apabila isteri tercinta disahkan lumpuh. Lebih mencabar anak-anak mereka masih kecil dan memerlukan perhatian. Ibu Edika pernah menyuarakan agar Edika berkahwin lain dan ianya untuk membantu Edika dalam menguruskan anak-anak.

Namun Edika tetap teguh dengan sumpah taklik yang diikrarkan ketika bernikah dahulu. Pada Edika, berkahwin lain bukan penyelesaian untuk semua masalah. Sehingga kini, Edika masih lagi setia di samping Hidayah dan mereka gembira bersama.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Anak yg soleh, sejuk perut mak dia mengandungkan dia. i memang respect giler his undying love for his wife. bukan senang nak cari seorg suami mcm ni skrg… hes one in a million, suami dari syurga…memang bertuah wife dia.. “
” Lelaki yang rupawan, bertanggungjawab & berpandangan jauh.. Lelaki yg hebat je yg ingat sumpah taklik dgn Allah.. “
” Lelaki mcm ni dia hebat sebab dia gune 9akal dengan sebaik3 baik nya.. Edika Yusof forever Salute u.. Hebat bang berat tanggungjawab jaga isteri sakit.. “
” Bagusnya cara berfikir dan tindakan yg sgt mantap.. suami yang hebat.. suami mithali yang setia.. “
” Ramai orang lupa sumpah taklik ni. respect Edika Yusof , bukan sekadar heloks rupanya malah setia orangnya.. “
” Ni namanya faham agama yang sebenar.. ni baru betul2 gunakkan akal 9 dengan sebaik baiknya.. contoh suami yg hebat… alhamdulilah.. “
” Edika Yusof suami 1 dalam sejuta. kalau nak respek orang, inilah orangnya. Lelaki sejati yang penuh dengan rasa tanggungjawab.. “
Perkongsian Edika yang memberi inspirasi kepada semua suami-suami di luar sana. Bukan mudah untuk menjadi suami yang setia seperti Edika dan ianya rezeki untuk isteri Edika. Semoga Edika dan isterinya sentiasa bahagia bersama sehingga ke akhir usia mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Dol’s Podcast, IG Edika Yusof
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

