Artis / Selebriti
” Straight to the point, takde nak berkias panjang-panjang. Terang, jelas dan nyata terus Dato’ bagi.. ” – Komen Netizen
Video respon Dato’ Aliff Syukri apabila ada yang membandingkan suami baru Bonda Rozita Ibrahim dengan bekas suaminya, Abang Haji raih perhatian ramai. Betul cakap Dato’ Aliff tu..
Dato’ Aliff Syukri sering membuat live di Tiktok dan rajin melayani pertanyaan daripada viewers yang mengikuti siaran langsungnya. Sejak isu bonda Rozita berkahwin baru, Dato’ Aliff menjadi tumpuan ramai dan membuka mata semua perangai sebenar Dato’ Aliff yang matang dan bertanggungjawab terhadap keluarga.
Meninjau entry di akaun Tiktok Modelista Empire, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Aliff menjawab pertanyaan daripada salah seorang viewers mengenai bapa tirinya merangkap suami baru Bonda Rozita. Soalan ini dijawab dengan jujur dan telus oleh Dato’ Aliff.
Dato’ Aliff mengakui dirinya tidak rapat dengan suami Bonda Rozita. Bukan mudah untuk mencipta kemesraan dalam masa yang singkat. Tambahan pula Dato’ Aliff hanya mengutamakan kebahagiaan Bonda sahaja. Jika suami baru membahagiakan Bonda, itu sudah memadai untuk Dato’ Aliff sebagai anak.

Dato’ Aliff juga mengulas komen viewers yang mengatakan lebih sukakan mantan suami bonda, Abang Haji. Ikhlas dari hati Dato’ Aliff, dia dan Abang Haji memang rapat dan jika diberi pilihan dia akan memilih abang Haji. Tetapi yang merasai bahagia atau tidak itu Bonda, bukan lah orang lain.
Jom tonton video di bawah :
@modelistaempire
@modelistaempire Replying to @NOOR AMIRAH #aliffsyukri
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 600 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hidup ni xyah pening2 , fokus hidup kite, even Ibu sendiri , biarlah diA pilih mcm mn dia nk jlni hidup diA , kite doakn yg baik2 utk dia.. “
” Bagus Dato’ Aliff, saya suka dengan komen Dato’.. kita go with the flow je.. redha kan je semua yang jadi.. hidup lagi tenang dan aman.. “
” Lawak dato’ Aliff ni, bonda yang tak suka. so aku yang suka haha.. we never fighter yea dato.. tergelak jugak aku dengan ayat dato’ Aliff ni.. “
” Straight to the point, takde nk berkias-kias panjang-panjang. terang jelas nyata terus dato’ bagi.. matang punya jawapan.. “
” Dia terus terang dan jujur tanpa sembunyikan perasaan dia. lucu. dik yg suka abg aji tuh kau.. bukn mak aq… adoi lh datuk haha.. “
” Aku dengan abang haji.. automatik daddy jadi sebaya dengan dato haha.. Straight to point terus lah papa. Apa bg aji ckp yer, tk dgr.. “
” Jawapan dia bagi memang takde tapis-tapis ye. Ini orang panggil tulus ikhlas dari dalam hati yang dalam. ayat dato seram dan menggerunkan, haha. jangan dikejut singa yang tengah tidur guyss.. ”
” Macam tu jer dia sindir mak dia haha.. terhibur sungguh dgn komen DAS ni, dlm lawaknya ada sindirannya.. matang dan berhemah pendapat nya.. “
” Kita gelak jela bila dengar Dato’ Aliff komen.. senyuman dato tu… sesuatu sangatt haha.. tengok muka dato pun dah berdekah.. “
Jawapan yang dinanti-nantikan oleh ramai warganet kerana ramai yang ingin tahu serapat mana Dato’ Aliff dengan ayah tiri barunya itu. Mungkin jawapan ini cukup menjawab semua spekulasi dan tidak ada lagi yang akan bertanyakan soalan yang sama selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Modelista Empire
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

