Artis / Selebriti
” Steady Amad depan daddy lagi eh. Gentle woii, terus minta restu.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Amad Dayyan memberikan Thalita sejambak bunga di hadapan Shuib Sepahtu ketika menyanyi lagu Azimat Cinta. Wah berani ye Amad, terkejut daddy Shuib dibuatnya. Sempat Amad salam minta restu daddy. Sweet lah Amad ni, gentleman sangat..
Nama Amad Dayyan iaitu anak lelaki kepada Siti Sairah Taruddin antara yang mendapat perhatian ramai. Kehebatan vokal Amad dan suaranya yang merdu seakan-akan bayangan Dato’ Seri Siti Nurhaliza ketika muda ini membuatkan nama Amad menjadi sebutan ramai.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Shuib Sepahtu dan Lanai Anggun, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Amad bersama anak perempuan Shuib, Thalita. Amad menganjurkan satu majlis Meet and Great bersama penyokong-penyokongnya yang digelarkan sebagai Amadzon.
Menerusi video ini, Amad yang sedang menghiburkan semua dengan lagu Azimat Cinta berjalan ke arah Thalita dan menyerahkan sejambak bunga untuk Thalita. Shuib dan Watie yang berada di tepi Thalita ketawa melihat gelagat anak-anak kesayangan mereka ini.

Shuib membuat jenaka dengan bertanyakan kenapa Amad memberikan bunga kepada Thalita. Watie pula berseloroh mengatakan Amad meminta restu apabila Amad menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Shuib. Comel sangat telatah Amad dan Thalita ini, dua-dua bintang yang sedang bersinar dalam industri.
Jom tonton video di bawah :
@lanaianggunatecosky Steady laaa Amad…sempat lagi try tu…salam tangan shuibbb lagi…😎😎😎 #talita #shuib #amad #meetgreetamadzon #lanaianggunecoskykl
@shuibsepahtu Lulus ke tak @AMAD🌟 @Thalita_Shuib
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 120 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tak pernah-pernah aku blushing tengok budak-budak macam ni.. aku stuck kt vdeo ni haha.. dengar pulak ketawa Watie, dengan aku ikut ketawa.. “
” Alahaii dekta dan amad ni aku suka btul tgk.. ni kalau berjodoh, anak2 nanti 7 keturunan suara sedap.. “
” Caya lah Amad, gentle woii, terus minta restu, tapi mummy punya gelak haish haha.. tenggelam suara Amad.. Steady Amad depan daddy lagi eh.. “
” Kenapa dia bagi bunga dekat anak aku, haha.. uwais tengah usya sambil minum air.. ko siap Amad lepas ni.. “
” Eycehh Amad sweet.. semoga boleh kawan sampai kahwin.. kelakar lah IB, kenapa dia bagi bunga dekat anak aku haha.. daddy pun buat-buat tak faham lak.. “
” Betul betul anak jantan ni, yang belakang minum air tu mesti cakap uish berani gila,, lulus sangat jadi menantu shuib ni.. dua-dua penyanyi tu.. “
” HAHAHAHA pandai amad ekkk ambik hati bapak tata.. Semoga amad & tata kekal bersahabat baik hingga akhir.. “
” Lock awal tak kalut Amad haha. kelakar lah watie, dia punya ketawa tu.. adoi aku yang tua pun blushing, gentleman sangat Amad.. “
Bukan biasa-biasa Amad punya confident level, sempat Amad minta restu dengan daddy Shuib lagi. Mummy Watie pula tukang gelak dan penceria suasana. Semoga Amad dan Thalita akan terus berkawan sampai bila-bila dan sama-sama berjaya dalam bidang nyanyian.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Lanai Anggun, Tiktok Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

