Artis / Selebriti
” Speechless, this beautiful reunion fills my heart.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
Ini respon CP Azrinaz Mazhar Hakim terhadap gambar AI bersama anak-anaknya, Prince Wakeel dan Princess Ameerah yang dikongsikan sempena hari lahirnya. Gambar semua anak berkumpul tu pun sebak tengok, lebih-lebih lagi baca perkongsian Azrinaz..
Bagi yang mengikuti perkembangan Che Puan Azrinaz Mazhar Hakim, pasti mengetahui yang Azrinaz sering berkongsi ucapan hari lahir buat kedua anaknya, Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang merupakan anakanda Sultan Brunei.
Ucapan yang dititipkan oleh Azrinaz sering disertakan dengan luahan rasa rindu kepada anak-anaknya itu. Meninjau di akaun Instagram milik ameeraahbolkiahh, telah dikongsikan beberapa gambar yang memaparkan Azrinaz bersama Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Walaupun gambar-gambar tersebut adalah hasil gambar suntingan AI, namun ianya kelihatan begitu real. Selain itu, turut dimuatnaik adalah gambar Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah bersama dua adik perempuan mereka iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medinah versi AI juga.

Perkongsian gambar-gambar tersebut turut mendapat respon daripada Azrinaz sendiri. Azrinaz telah berkongsi di Instagram Story miliknya dan meluahkan rasa terharu dan sebak melihat gambar tersebut. Azrinaz turut berharap semua anaknya akan berkumpul bersama-sama.
Ikuti perkongsian di bawah ini :



Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Suprisingly, its 100% looks real. Masyaallah.. Kasih syg anak dan ibu tiada siapa boleh pisahkan.. Doa ibu itu tiada hijabnya.. Syurga utk anak2 soleh.. “
” Masya Allah, cantiknya gambar anak beranak ni.. Semuga di izin kan Allah untuk bertemu, Insya’Allah.. Sebak tengok gambar ni.. “
” Semoga Allah permudahkan urusan keluarga ini utk bersama sama.. Sedih tgok gambar Cik Puan….Semoga Cik Puan akan dipertemukan dengan anak2 pada 1hari nanti.. “
” Tak apa AI pun.. Nampak best sgt.. Semoga di pertemukan dlm perlukan ibu suatu hari dan masa yg ditentukan oleh Allah.. “
” Walau hanya gmbr shj pun… Inilah yg kami follower’s tggu2. Melihat anda ber-4 beradik didlm 1 photo yg berbahagia.. Aamiin.. “
” Terserlah gambar muka adik2 yg kecil happy jumpa kakak n abang mereka… Apatah lagi hati ibu yg melahirkan mereka berempat.. “
” Terharu dengan gambar AI ni, sangat-sangat sempurna.. Selamat hari lahir CP Azrinaz, saya doakan semoga CP Azrinaz tidak lama lagi dapat berjumpa dengan anak2 CP Azrinaz.. “
Sesungguhnya gambar-gambar ini adalah sebuah ‘hadiah’ yang sangat bermakna buat Azrinaz pada hari lahirnya semalam dan sedikit sebanyak terubat rindu Azrinaz terhadap putera serta puterinya. Selamat hari lahir diucapkan kepada Azrinaz, sama-sama kita mendoakan yang baik-baik untuk Azrinaz sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ameeraahbolkiahh, azrinamazharhakim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


