Artis / Selebriti
” Special betul keluarga ni. The best mentua, bertuah Beatrice.. ” – Komen Netizen
Video Sheila Rusly meraikan sambutan tahun baru cina bersama menantu barunya, Beatrice Chitra raih pujian ramai. Wah bagusnya Sheila, baru lah Beatrice tidak rasa janggal dan tidak tinggalkan terus budayanya. Bak kata Jinggo, semua masih sama, shahadahnya saja berbeza..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sheila Rusly dan Jinggo, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Sheila dan Jinggo bersama anak-anak dan menantu-menantu mengadakan majlis makan besar sempena sambutan tahun baru cina.
Sebagaimana yang semua ketahui, anak Sheila iaitu Luth Mikail menikahi seorang wanita berbangsa China Indonesia, Beatrice Chitra pada awal bulan Januari yang lalu. Sebagaimana sayangnya Sheila kepada Elisya Sandha, begitu juga layanan Sheila untuk Beatrice.
Menerusi video perkongsian ini, mereka sekeluarga menyediakan pelbagai juadah untuk sambutan tersebut. Ikatan kekeluargaan antara ahli keluarga ini disenangi oleh warganet. Malah ramai yang kagum dengan penerimaan Sheila sekeluarga walaupun berbeza budaya dengan Beatrice.

Jinggo juga mengatakan di postingnya tidak ada apa yang berubah untuk Beatrice. Budaya yang Beatrice amalkan masih boleh disambut cuma bezanya cuma syahadah yang dipegang sahaja. Tumpang gembira warganet melihat keriuhan dan kegembiraan keluarga besar Sheila ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Waa sis da raya dengan anak menantu.. Special betul keluarga ni.. aduh semua nampak sedap tu.. “
” Wow macam-macam ada.. Alamakkk sedapnya lauk-lauk dia… seronoknya tengok family Sheila ni.. 1 Malaysia.. meriah.. “
” Happy chinese new year sis sekeluarga.. Alhamdulillah Wow that’s great.. Look delicious… hebatnya memasak.. “
” Lawa menantu, chinese indo.. sedapnya makanan sis masak.. bagus betul, majmuk sekadar makan je.. enjoy.. harmoni hubungan keluarga. Masak dan makan sama². Contoh yg baik buat masyarakat.. “
” Yeesang kita samaa ada salmon… sedappkan.. happy CNY.. the best mentua.. Bertuah sungguh family u .i wish a family like this.. “
” Suka tengok family ni.. Tok sidang tak gaul2 punn.. X smpai ye heheheheh. Bestnya pelbagai raya diraikan.. selamat tahun baru cina buat semua rakyat Malaysia yg meraikan.. “
” Habis selerak dapur kita hahha.. same sentiments.. Untung dpt mertua mcm ni.. moga silaturrahim dikekalkan dan bahagia selalu.. “
Sekali pun sudah berbeza pegangan agama, namun sambutan perayaan ini tetap dilakukan untuk Beatrice oleh Sheila sekeluarga. Beruntung Beatrice menjadi salah seorang ahli keluarga ini, punya bapa dan ibu mertua yang memahami dan sayangkan dirinya. Happy Chinese New Year untuk Beatrice.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sheila Rusly, IG Jinggo
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

