Artis / Selebriti
” Sorry ye Tiktok, jangan ban saya. Saya tersasul pulak tadi.. ” – Fattah Amin
Video Fattah Amin tersasul ketika sedang live bersama Bella Park buat warganet terhibur. Lawak lah Fattah, dah macam budak-budak cakap pelat lah pulak. Terus minta maaf, takut kena ban. Berdekah Bella gelak, haha…
Selepas kejayaan live bersama Pak Mat Western dan Rissa Skin, Fattah kembali membuat live bagi produk kecantikan ElegantCosmetic untuk kali kedua. Tidak berkeseorangan, live pada malam itu turut menggandingkan Fattah bersama Bella Park, Emma Safuan dan Adira Suhaimi.
Dari awal sehingga ke akhir live, meriah dan kecoh dengan celoteh Bella dan Emma. Fattah pula dikelilingi wanita-wanita cantik pada awalnya sedikit segan tetapi lama kelamaan Fattah dapat mencari keserasian bersama rakan-rakan gandingannya itu. Fattah juga sporting melayani telatah Bella dan Emma.
Meninjau entry di akaun Tiktok NicethingsJi, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan Fattah bersama Bella. Kedua-duanya sedang sibuk mempromosikan produk jualan mereka dan menjawab pertanyaan-pertanyaan daripada viewers yang mengikuti sesi live pada masa itu.

Fattah secara tidak sengaja tersasul menyebut Cik Cok yang mana sebetulnya Fattah ingin menyebut Tiktok. Fattah sendiri boleh tergelak dengan perkataan yang disebutnya itu. Sempat Fattah memohon maaf dan meminta supaya Tiktok jangan ban kerana kesalahannya itu.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@nicethings92 🤣🤣🤣 Cit Cot Pun Cit Cot La Abang Fattah
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alahai tersasul la pulak, haha. Tak tahu kenapa terulang-ulang part ni. tersasul pun comel Fattah ni.. “
” Akuuuuu sampai tertido nengok live dyeorang aduhaii . makin maju jaya Fattah dan murah rezeki selalu.. “
” Haha Cit Cot eh bamtah.. jauh betul tersasul tu.. dah jadi lain perkataannya hehe. Cute je tak nak bagi tiktok band tu.. tersipu-sipu malu bamtah.. “
Semakin bertambah kelakar Fattah ni, tersasul pun comel. Ekspresi muka yang menahan malu kerana tersasul itu juga membuatkan warganet terhibur melihatnya. Cit Cot pub boleh Fattah, dah macam budak baru belajar bercakap pun ada. Bella sendiri tidak dapat menahan ketawanya mendengar Fattah tersasul seperti itu.

Apa-apa pun, banyak yang Fattah dapat belajar sepanjang live bersama Bella dan Emma. Sedikit sebanyak Fattah tidak kekok dan tahu bagaimana untuk memeriahkan sesi live supaya viewers juga terhibur menonton. Semoga terus dimurahkan rezeki Fattah Amin dan terus bersinar.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok NicethingsJi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

