Artis / Selebriti
” So sweet la Boss James, kemain ehh. Kebas pipi kami semua senyum tau.. ” – Komen Netizen
Video Hawa Rizwana menerima surprise call daripada Boss James raih perhatian ramai. Amboi, bukan main sweet lagi Boss James dengan Hawa. Sampai blushing teruk Hawa kena usik dengan Nabil dan Pak Azad, hehe..
Meninjau di akaun TikTok milik stesen radio Era, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Hawa Rizwana menerima surprise call daripada pempengaruh media sosial, Boss James. Video tersebut memaparkan situasi secara spontan dan penuh elemen kejutan, sekali gus menghiburkan para penonton.
Menerusi video berkenaan, pada awalnya Boss James menyamar sebagai seorang individu bernama Jonny ketika membuat panggilan kepada Hawa. Dia menceritakan bahawa dirinya menyukai seorang wanita dan berhasrat untuk mengajaknya melakukan aktiviti hobi bersama-sama. Cara penyampaian yang bersahaja dan penuh yakin membuatkan Hawa kelihatan tertarik untuk terus melayan perbualan tersebut.
Namun begitu, suasana bertukar menjadi lebih lucu apabila Hawa akhirnya menyedari bahawa suara di hujung talian itu sebenarnya milik Boss James. Menyedari dirinya ‘terkena’, Hawa terus ketawa, sekali gus mencetuskan suasana ceria yang mengundang tawa ramai.

Kesempatan itu turut dimanfaatkan oleh Nabil dan Pak Azad yang tidak melepaskan peluang untuk menyakat Hawa dan Boss James. Usikan demi usikan yang dilontarkan menjadikan panggilan tersebut semakin meriah dan penuh gelak tawa,
Tonton video di bawah ini :
@era.je Alar alar sweetnya @bossjames___ ni buat surprise call kat @hawarizwana . Tapi dengar suara awal-awal tu je Hawa dah tahu tu Boss James. Dia call Hawa sebab nak ajak pergi diving sama-sama. 😂 #sharERA #3PAGIERA #fyp
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” So sweet la Boss James, kemain ehh. Kebas pipi kami semua senyum tau.. Johni johni yess papa. Hahhah tru apasalah.. “
” Mcik dh tue pun ulang2 tengok.. Berusaha sungguh si James niii.. Garau nau “ takyh miss u dkt sini” Hawa, hahahaha.. “
” Selain BASS , yg ni pun bersemut gk eh skrg.. Mana tahu kan, Hawa lah jodoh yang betul2 ditentukan untuk James, hehe.. “
” Hahahaha amboi Pak Azad dgn Nabil pun, usaha betul na kenenkan Hawa dengan James.. Aku pula senyum2 tengok.. “
” So sweet laa Boss James, tapi as a gentle man jika hati ada cinta cepat2lah beritahu kepada Hawa & terus melamar kpd parent Hawa.. “
” Sanggup call dlm konti,.. Gentle Boss James,jgn putus asa boss.. Chaiyokkkk Boss James, teruskan usaha tau.. “
” Eh eh kali ni nampak lain macam James yer, hahahaa dia try betul2 ni dengan Hawa.. So cute lah cara dia tackle Hawa.. “
Perkongsian video ini berjaya menceriakan hari-hari warganet yang menonton. Usik warganet di ruangan komen, Boss James seperti begitu bersungguh-sungguh berusaha untuk menambat hati Hawa. Moment itu bukan sahaja menghiburkan, malah meninggalkan senyuman kepada sesiapa sahaja yang menontonnya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

