Artis / Selebriti
” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
Video respon anak Erra Fazira, Engku Aleesya apabila ditanya mengenai kehadiran adik beradik barunya, Dania Sofea raih perhatian warganet. Ini respon tuan badan sendiri..
Selesai sudah majlis pernikahan dan resepsi pertama Erra Fazira dan suaminya, Ezwan Zain. Majlis yang gah dan sangat ekslusif serta dihidangkan dengan moment surprise daripada Ezwan untuk Erra dan majlis pasangan ini juga disebut sebagai wedding of the year.
Tidak hanya pasangan pengantin yang gembira tetapi juga anak-anak mereka, Engku Aleesya dan Dania Sofea juga turut berkongsi detik manis ini. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinarplus dan Mingguan Wanita, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual pihak wartawan bersama Aleesya.
Aleesya diajukan soalan mengenai perasaannya melihat ib tersayang kembali bergelar isteri. Aleesya juga meluahkan kegembiraannya dan rasa kagumnya terhadap Ezwan yang merancang 95 peratus majlis istimewa itu. Kata Aleesya, Uncle Ezwan itu sangat pandai dan membuat pemilihan yang tepat.

Aleesya juga ditanyakan mengenai perasaannya mendapat seorang adik berasik yang baru iaitu anak Ezwan. Teruja dan gembira, itu yang dapat Aleesya gambarkan. Aleesya turut memuji keperibadian Sofea yang dirasakan sangat baik dan mereka juga sudah mula akrab.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 900 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Comel, suka dengan budi pekerti Aleesya. Lembut tutur kata.. tertib berkata-kata walaupun baru berusia 16 tahun.. Matang and bijak.. cantik macam mommy dia.. “
” So cute, good attitude. tutur katanya tu sejuk hati mendengarnya.. Bagus didikan ibubapanya.. sopan santun dan bijak dia menjawap segala soalan wartawan.. “
” Bijak anak Erra ni bercakap. tulusnya berkata kata macam Amayan pun ada. Happy for her.. dah ada siblings dah akhirnyaaa.. “
” Bijak dan pandai jawab tiap soalan dari wartawan.. yang penting aleesya dah ada kawan utk bergurau kat rumah sekarang.. “
” Pandai Aleesya jawab setiap soalan, tenang dan tersusun. Wartawan interview Erra Fazira ala2 waktu remaja.. Xpela mula2 awkward sbb dh lama tunggal.. lama2 ok la tu.. “
” Boleh nampk berapa bagusnya erra dan emran didik dia, cara dia bertutur dia boleh nampk berapa educated she is. Budak ni bijak cantik berilmu berakhlak mulia.. “
” First time i tgk aleesya senyummmm betull… senyum bahagia.. Cantik sgt anak erra bijak bertutur dan budi bahasa mcm mama dia.. “
Luahan hati Aleesya yang cukup indah tutur katanya untuk Sofea, Uncle Ezwan dan mom nya. Pastinya Aleesya dan Sofea akan menjadi sahabat baik dan teman bergurau selepas ini. Apa-apa pun, semoga yang baik-baik sahaja untuk keluarga Aleesya dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinarplus, IG Mingguan Wanita, IG Mstaronline
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

