Artis / Selebriti
“ Siapa yang tak nak anak ? Semua orang nak anak.. ” – Kamal Adli
 
																								
												
												
											Video Kamal Adli Menjawab Isu Uqasha Dikec4m Kerana Masih Tiada Anak Raih Perhatian Warganet. Panas Hati Juga Kamal Bila Tengok Uqasha Down. Isu Sensitif Kot, Siapa Yang Tak Nak Anak Kan !!
Hampir 2 tahun usia perkahwinan pasangan pelakon, Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Dalam mereka bahagia melayari bahtera rumahtangga, timbul cakap-cakap di kalangan warganet tentang isu tiada anak dan ini membuatkan hati Uqasha terluk4.
Meninjau akaun Instagram Official Hlive, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual antara Kamal dan wartawan. Kata Kamal, dia pun berasa sak1t hati kerana ada segelintir orang yang tidak memahami anak itu adalah rezeki Allah.
Siapa yang tidak mahu kan anak dan semua pasangan yang berkahwin pastinya impikan untuk ada zuriat sendiri. Kec4man yang bertalu-talu daripada netizen membuatkan Uqasha down. Kata Kamal, memang mereka tidak mampu untuk tutup mulut orang daripada berkata-kata hal ini.

Apabila melibatkan anak, itu isu yang cukup sensitif lebih-lebih lagi untuk kaum wanita. Ada yang menggelar Uqasha mandul walhal Uqasha pernah mengalami keguguran sebelum ini. Tambah Kamal lagi, kesannya bukan hanya terhadap Uqasha tetapi juga wanita lain yang turut mengalami masalah yang sama.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Netizen ni kenapa ya. Soal rezeki anak ni semua kuasa Allah. Kenapa perlu kita pertikaikan kuasa Allah.. ”
” Besok dah ade anak ingat dah habis ke mmg tak laaa dia tanya yang lain pulak uqasha bila nak tambah anak.. ”
” Smua perempuan akn down bila ckp psl ank.. sy yg ank rmi pon, kdg2 ada yg persoalkn.. ckp ank kecik lg la (2thn), nk tmbh sorg lg… pdhl smuanya rezeki yang tak disangka.. ”
” Anak tu rezeki.. bkn machine made.. Kamal, xph simpan dlm hati klu org persoal soal zuriat. Dgr blh. Tapi cepat² “clear cache” takyah simpan dlm memori.. ”
” Dorang ingat kita ni boleh order anak di tiktik shop, shopee or Lazada.. Ni soal rezeki. Semoga dipermudahkan urusan korang berdua.. ”
” Jgn peduli la cakap org….yg penting kita yakin kasih sayang Allah swt pda kita….Aaaminnn Ya Rabbal Alaminnm.. ”
” Yang tanye ni mesti terpaling senang dapat anak .. x fikir org lain .. netizen tlg lah jaga jari2 anda dari taip benda2 yg org xnak dengar pun.. ”
Tidak perlu rasanya untuk semua mempersoalkan mengenai anak kepada Uqasha dan Kamal lagi selepas ini. Andai sampai waktu yang sesuai, pasti ada rezeki dikirimkan zuriat dalam rahim Uqasha nanti. Kita doakan yang terbaik untuk Kamal dan Uqasha dan semoga dipermudahkan segalanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hlive, IG Kamal Adli, IG Uqasha Senrose
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti11 hours ago Artis / Selebriti11 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
