Artis / Selebriti
” Seumur hidup ini 1st time kena tanya.. ” – Adira Suhaimi
Video reaksi Adira Suhaimi ketika ditanya oleh anak sulungnya, Anggrek mengapa memakai kaca mata di dalam mall buat ramai terhibur. Random betul soalan Anggrek, terkedu mummy nak jawab. Jawapan Adira kelakar, berdekah semua yang dengar..
Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi terkenal, Adira Suhaimi, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Adira bersama anak-anak serta beberapa kenalan berada di sebuah pusat beli-belah. Suasana dalam video tersebut kelihatan begitu santai.
Menerusi rakaman itu, Adira dilihat singgah di sebuah butik kaca mata dan sedang melihat-lihat pelbagai pilihan yang ada. Gayanya yang bersahaja sambil mencuba beberapa rekaan kaca mata turut mencuri perhatian peminat, Lebih-lebih lagi Adira kelihatan begitu menikmati momen santai tersebut.
Namun begitu, apa yang paling mencuit hati ramai adalah gelagat anak sulungnya, Anggrek Adnen yang secara spontan mengajukan soalan kepada ibunya mengapa Adira memakai kaca mata hitam di dalam pusat beli-belah, sedangkan tiada cahaya matahari di dalamnya.

Mendengar pertanyaan yang jujur dan polos itu, Adira kelihatan seketika terkedu dan tergaman. Reaksinya yang tidak dijangka itu membuatkan suasana menjadi lebih mencuit hati. Ramai yang terhibur melihat gelagat spontan anak-beranak ini.
Tonton video di bawah :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Engko dek lupa ke emak engko tu adira dek. bukan biashe2 dek.. Hahahaha.. Kelakar betul lah anak sulung Adira ni.. “
” Tak boleh bwk majlis la kakak ni.. Random sangat.. Boleh dok bwh meja mummy tu, hahahahaa aduhaiii.. “
” Hahahah nk jwb slh.. Tak jwb tkut ada soklan pedas lg dia tnya.. Adoiii la anakkkkk manager awk tu letih mata tau hhahahaha.. “
” Gen alpha takde tapis2 siap la momy dia hahaha.. Mommy nk cover eyebag yg dh sebakul laa anak oii haha adoii.. “
” Mak ko adira dekkkk.. Kus semangat mami kau Anggrek dengar soalan kau, hahaha.. Terkedu nak jawab juga tu.. “
” Bahaya kalau ada wartawan melodi ni haha.. Abissss sedas juga dia kasi jadi. Hahaha random anak anak ni tak dpt d control.. “
” Hahaha.. Setepek soklan depan muka.. Kadang2 soalan ank lg ssh nk jwb dr soalan SPM.. Terpaksa meriak haha.. Sy penah dpt soalan ni juga dari anak.. Smpi rini aku tak pakai da spek mata dlm mall, haha.. “
Tidak lama kemudian, Adira membalas pertanyaan tersebut dengan berseloroh mengatakan bahawa dia adalah “Adira Suhaimi”. Selain itu, Adira turut menjelaskan bahawa dia memakai kaca mata hitam kerana matanya keletihan dan kelihatan sembam setelah seharian sibuk dengan pelbagai aktiviti sejak dari pagi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG adira.suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

