Artis / Selebriti
” Setiap siapa yang bagi ni, semua arwah mak dia tahu.. ” – Ridzokumura
Video Ridzokumura kongsi duit raya yang diterima oleh Sky sejak kecil lagi disimpan rapi oleh arwah Akiko Okumura. Tak pernah dibuka semua sampul duit raya itu. Akiko ingat setiap sampul tu siapa yang bagi. Sebak dengar luahan hasrat Ridz mengenai duit raya Sky tu..
Pemergian isteri tercinta usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura beberapa bulan lalu membuat ramai yang terkejut. Ramai yang meluahkan rasa simpati dan sebak kerana arwah ada meninggalkan seorang anak.
Setelah pemergian isteri tercinta, Ridz sering mengisi masa lapangnya dengan membuat live di akaun TikTok dan berborak santai bersama para pengikutnya. Terbaru, meninjau di akaun Tiktok umairah.qt, telah dikongsikan video terbaru live Ridz bersama Sky.
Menerusi video itu, Ridz ada berkongsi duit raya Sky yang disimpan oleh arwah Akiko. Kata Ridz, semua duit raya itu disimpan oleh Akiko sejak Sky berusia 1 tahun. Kata Ridz lagi, Akiko juga tidak membenarkan semua sampul duit raya yang berisi duit raya itu dibuka.

Tambah Ridz lagi, setiap sampul itu arwah Akiko tahu siapa yang berikan kepada Sky. Namun, setelah pemergian Akiko, Ridz mengambil keputusan untuk membuka semua sampul duit tersebut dan mahu menyimpannya ke akaun Lembaga Tabung Haji untuk mendaftarkan Sky menunaikan ibadah Haji suatu hari nanti.
Tonton video di bawah ini :
@umairah.qt Bagus @Ridz Okumura 02 simpan untuk sky pergi Haji dah besar nanti 👍🏻 #ridzokumura #skyokumura
♬ original sound – Umairah.qt ⋆。°🎧ྀི.⊹₊ ⋆ – Umairah.qt ⋆。°🎧ྀི.⊹₊ ⋆
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alhamdulillah… Murah rezeki Sky, arwah mommy pun bagus betul gigih simpankan duit raya Sky camtu. Btul bang simpan dlm TH utk Sky.. “
” Sama.. Saya pun ingat orang tu siapa beri duit raya untuk anak2.. Lagi saya suka simpan simpul nya cantik2.. Bagus arwah maknya ingat orang yg memberi.. “
” Bgus mak Sky tak usik pn duit ank.. Hak anak tetap hak anak.. Alhamdullillah.. Bagusss simpan kat TH, semoga pahala terus mengalir utk mereka yg memberi kpd Sky.. “
” Amanah arwah mak nya jaga duit raya anaknya dr anaknya baru lahir sampai akhir hayat nya.. Sebak pula rasanya bila tengok video ni.. “
” ALLAHUAKBAR. Semoga hajat untuk pergi umrah dan ibadah haji dipermudahkan Allah swt.. Mak mak mmg mcm tu.. Teliti semua benda.. Sygkan anak.. “
” Nampak sgt arwah seorg teliti sgt mnghargai pemberian org.. Terbaik.. Arwah ibunya simpan still ddlm sampul.. Isteri yg tertib.. “
” Kuatnya ingatan mak Sky. MashaaAllah. Kalau saya tak mampu nk ingat sapa bagi sbb takda tulis nama pemberi. Hanya sampul saja.. “
Selepas menonton video ini, warganet menyifatkan Akiko seorang yang sangat amanah dalam menjaga duit anaknya dan sangat menghargai pemberian daripada orang lain. Bukan itu sahaja, ramai turut bersetuju dengan keputusan Ridz untuk menyimpan duit Sky di simpanan Lembaga Tabung Haji.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok umairah.qt, IG ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

