Artis / Selebriti
” Setiap hari dia akan pergi ke kereta abang, dia masukkan duit.. ” – Ridzokumura
Video Ridzokumura bercerita tentang sikap arwah isterinya, Akiko di satu podcast buat ramai tersentuh. Jarang-jarang ada wanita sebegini, patut lah Ridz sayang sangat pada Akiko..
Meninjau ke akaun Instagram Berita Harian, perkongsian dua buah video podcast bersama Ridzokumura atau nama sebenarnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib bercerita tentang dirinya dan juga sikap arwah isterinya, Akiko telah meraih perhatian ramai.
Ridz telah berkahwin dengan seorang wanita Jepun iaitu Akiko yang merupakan seorang isteri yang cukup baik buat dirinya. Namun jodoh mereka tidak panjang kerana Akiko telah pergi meninggalkan dirinya dan juga anak mereka iaitu Sky.
Menurut Ridz, pada mulanya dia tidak mengetahui latar belakang isterinya itu merupakan daripada golongan berada sebelum mereka berkahwin. Akiko seorang yang cukup merendah diri, malah sering memberikan duit kepadanya tanpa pengetahuan dirinya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tiga ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sejak pemergian Akiko, kehidupan Ridz telah berubah sepenuhnya kerana Akiko banyak membantunya dalam pelbagai perkara terutama sekali aktiviti harian.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen . Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Sedey nya..jgn kecam dia..hanya dia yg melalui..itu lah yg dia rasa.. True love still exist. Allah bg semua insyaAllah u akn ok.. “
” Salah satu lambang kasih sayang seorang isteri utk suami & anak…diperlihatkan Allah sebelum & selepas pemergian arwah.. “
” Takdir seorang isteri yg BAIK juga adalah bersama suami yg BAIK…semoga Allah menempatkan roh arwah Akiko ditempat yg baik di alam barzakh… “
” Begitu juga Ridzkomura serta anak tunggal mereka Sky terus mengharungi kehidupan ngn tabah & cekal… didoakan InshaAllah dipertemukan ke 3 beranak ini di Jannah…amin Ya Rabb.. “
” Stay strong, al fatihah untuk arwah akiko.. ingat Allah bang…Allah lah segalanya.. Belajar jadi isteri dari almarhumah ni.. “
” Jgn pergi dulu abg Riz… Teman lah SKY Selama yg boleh… Kita ni org tua mmg blh tempoh lg sakit tu… Tapi anak belum tentu… Kesian dia ada Abg Riz je… “
” Selalu kita dgr bini rembat duit dari dompet suami tapi ini bini yg letak duit dlm dompet suami. 1 dalam berjuta. Salam takziah buat bro Ridz.. “
Walaupun kehilangan Akiko sangat perit buat Ridz, namun Ridz tetap kuat demi satu-satunya cahaya mata mereka iaitu Sky yang kini sudah berusia 13 tahun. Ridz juga menegaskan tiada wanita lain yang mampu menggantikan tempat arwah isterinya, Akiko yang baginya satu dalam sejuta.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Berita Harian
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

