Artis / Selebriti
” Seth punya tak relax tu yang comel. Dah pandai fitnah adik, berdekah kita ketawa. Haha.. ” – Komen Netizen
Video Gelagat Anak Shila Amzah, Seth Uwais Ingin Mengikut Ubai Bermain Bola Sepak Buat Ramai Terhibur. Alahai Banyak Betul Drama Seth Sebelum Keluar Rumah. Part Seth Cakap Adik Yang Campak Barang Tu Lawak. Tak Pasal-Pasal Nama Adik Kena Petik, Haha !!
Shila Amzah ada berkongsi berita mengenai hasil diagnosis anak sulung, Seth Uwais yang disahkan sebagai autisme tahap 1. Ianya juga dikategorikan sebagai mild autisme dan Uwais perlu mengikuti kelas terapi yang disarankan oleh doktor.
Pada pandangan mata kasar, Seth seperti kanak-kanak normal lain. Masalah speech delay Seth juga semakin baik dan kini Seth sudah petah bercakap dalam bahasa Inggeris. Walaupun tidak fasih dan teratur penggunaan bahasa Melayu, tetapi Seth tetap cuba untuk bercakap.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Shila Amzah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Seth yang excited kerana dapat mengikut papanya untuk training bola sepak. Seth melompat-lompat ke sana ke mari kerana keterujaannya itu.

Ketika disuruh mengucup adiknya, Seth mengikut sahaja arahan Shila dan menyebut ‘ I love you’ kepada Rhea Akira. Kelakar juga Seth apabila mengatakan adiknya yang membaling barang ke bawah apabila ditanya oleh Ubai dan Shila. Satu hal yang Shila sedari mengenai Seth ialah Seth susah hendak relax dan bertenang.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini , perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Anugerah budak paling tak rilek jatuh pada Seth.. Ubai pun sama tak rilek.. papa berjangkit dengan Seth haha.. ”
” Seth ni speach delayed kan. Nanti tunggula.. dia bercakap non stop lepas pergi therapy.. kalau dia ckp BI sahaja biaq p.. BM tak pandai pun tak apa. Janji kita boleh communicate dgn dia dan dia paham apa kita ckp dan kita paham apa dia ckp. Smart n handsome boy.. ”
” Rasanya doc salah diagnose hehe.. he looks so normal.. Hahah cute nye dah pandai salah kan adik.. Seth punya tak relaks tu yang comel.. ”
” Banyak nampak improvement seth ni after ubai join sha handle dia. goodboy. When the child grows in a healthy environment, he flourishes.. ”
” Alamak He said mama teeetttt.. berdekah kita ketawa.. seth is so cute and smart.. Alhamdulillah. Very happy vibes my dearest Seth aunty. Keep it up sayang.. Papa Ubai is such a wonderful papa for Seth.. ”
” Comey nya Sethieee. Terhibur aunty.. comel dan bijak sekali Seth ni. Dah pandai fitnah adik hahaha tgu lah adik ko pandai jalan seth haha. abg2 sgt haha.. ”
” Perangai macam papa tak relax haha.. u pee pee underware… papa happy.. terbahak ketawa dengar seth cakap.. ”
Terhibur warganet melihat telatah Seth yang riang dan banyak bercakap itu. Beruntung Shila, ada suami seperti Ubai yang sama-sama dapat menjaga Seth. Apa-apa pun, semoga progress Seth semakin baik dari hari ke hari dengan terapi dan juga didikan daripada Shila dan Ubai sendiri di rumah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shila Amzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

