Artis / Selebriti
” Seronoknya tengok Bonda bahagia, gelak ketawa, menikmati kehidupan dengan yang tersayang.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Bonda Rozita Ibrahim bersama suaminya menunggang motosikal Ysuku yang baru dibeli raih perhatian ramai. Staf ingatkan tetamu datang, rupa-rupanya Bonda dengan Encik Amin baru balik ‘merempit’. Nombor plat motor tu pun cantik lah Bonda..
Meninjau ke akaun Instagram Bonda Rozita, perkongsian sebuah video terbaru Bonda bersama suaminya telah meraih perhatian ramai. Video yang berdurasi 1 minit ini memaparkan Bonda dan suami meronda dengan menunggang motosikal.
Bonda berkongsi pengalaman menaiki motosikal Ysuku terbaru bersama suami untuk meronda kawasan resort miliknya. Katanya, dengan menaiki motor, lebih mudah untuk menikmati suasana dan pemandangan hijau sambil meninjau keadaan sekitar.
Lebih menghiburkan, ketika pulang ke resort, staf yang bertugas menyangka Bonda adalah tetamu yang baru tiba untuk menginap. Siapa sangka, rupa-rupanya Bonda dan suami sebenarnya baru sahaja pulang daripada ‘merempit santai’ menaiki motor baru mereka.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik dalam tempoh 3 jam yang lepas. Walaupun Bonda seorang usahawan berjaya dan disegani, jelas sekali sifat merendah diri serta sikap bersahaja Bonda menjadikan dirinya dekat di hati ramai.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Seronok tgk Bonda menikmati kehidupan dengan yang tsayang. Semoga bahagia selalu bonda nanti terus tukar tayar tau, tayar standart licinnn.. “
” Seronoknya tgk bonda bahagia, gelak ketawa semoga berpanjangan hingga ke jannah. Plat no motor tu Rozita Amin Ever.. “
” Alhamdulillah bonda nampak happier dan jadi diri sendiri. Semoga kekal hingga ke jannah. naik moto la best bonda.. boleh peluk2 dapat udara segar … “
” Di akhir2 hidup Lebih baik happy bersama org tersyg.. beribadah bersama Dan menikmati segalanya bersama dgn rezeki yg Allah swt limpahkan.. itu yg terbaik no stress.. “
” Mcm2 aktiviti bonda skrg.. Alhamdulillah.. Bonda pun nampak sgt2 seronok. aduhla kelakar la bonda dgn en amin naik motor. happy always bonda. love sgt bonda sekrg makin happy.. “
” Wah bestnya boleh merempit naik motor. Dulu masa bujang saya biasa motor besar ni. Orang johor. Ye seronok bila tgk Bonda bahagia.. “
” Suka tgk bodan ceria mcm ni. Semoga rumah tangga bodan dipenuhi sakinah mawaddah dan rahmat Allah. cantik plate num bonda.. “
Kebahagiaan tidak semestinya datang daripada perkara besar atau mewah, tetapi kadang-kadang melalui detik sederhana seperti meronda menaiki motorsikal dengan pasangan. Semoga jodoh Bonda Rozita dan suami berkekalan sehingga akhir hayat. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bonda Rozita Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

