Artis / Selebriti
” Seronoknya macam ni, aiskrim kat rumah dah macam di kedai.. ” – Netizen
Kongsi Video Kemeriahan Pulang Beraya Di Kampung Halaman, Posting Akma Abdullah Jadi Perhatian Ramai. Wah Meriah Betul, Semua Jenis Aiskrim Ada !!
Sambutan hari raya di seluruh negara pada tahun ini kembali meriah selepas dua tahun kita meraikan dengan penuh sederhana. Begitu juga yang dikongsikan oleh penyanyi dan pengacara, Akma Abdullah.
Menerusi satu video yang dikongsikan oleh Akma di akaun Instagramnya, video tersebut memaparkan Akma telah pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya bersama ahli keluarga lain di negeri Kelantan.
Namun telah menjadi perhatian ramai dalam video itu adalah apabila Akma telah menunjukkan suasana kemeriahan dalam rumah keluarganya yang mempunyai dua buah peti ais yang dipenuhi dengan pelbagai jenis aiskrim.

Tulis Akma, tahun ini menyambut hari raya begitu ‘sakan’ dengan kemeriahan aiskrim yang ada di rumah. Bahkan bukan sahaja anak-anak yang seronok, ibu bapa yang melihat peti aiskrim seperti itu juga tumpang seronok sekali.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa teruja mereka setelah menonton video yang dikongsikan oleh Akma. Malah dalam masa yang sama, ada peminat mengambil kesempatan memberikan kata ucapan selamat hari raya kepada Akma sekeluarga. Antara komen-komen menarik adalah :
” Seronoknya macam ni, aiskrim kat rumah dah macam di kedai, kita yang tengok pun teruja, hehehe.. “
” Wowww dah tak payah pergi kedai, di rumah pun meriah macam di kedai. Meriah lah raya tahun ni.. “
” Syukur, rezeki. Selamat hari raya Akma sekeluarga. Raya Kota Bharu ye tahun ni, bestnya Akma, tengok aiskrim banyak macam tu, hehe.. “
” Perghh mantap laaa. Ni klau jamu tetamu musim raya memang mudah kja, tak sibuk buat ayaq dah, hahaha.. “
” Seronok macam ni, nak pergi raya juga lah rumah Akma, hahaha. Macam2 jnis aiskrim ada dalam peti, ger4m tengok.. “
“Hey hey hey ape byk sgt ni hehe nak jugak. Kalau banyak macam ni boleh buat jual dah di rumah.. “
” Menarik sungguh tengok, macam nak beli satu untuk kat rumah akak, hehe terpengaruh tengok video ni.. “
Woww memang meriah betul aiskrim di rumah keluarga Akma. Mesti seronok budak-budak dapat pilih pelbagai aiskrim dalam peti sejuk tu. Apa-apa pun selamat hari raya buat Akma sekeluarga, semoga raya tahun ini akan bermakna buat kalian.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Akma Abdullah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

