Artis / Selebriti
” Seronok tengok family Bell. Sebak rasa, terpancar di wajah Bell segala-galanya.. ” – Netizen
Video Detik Bell Ngasri Meraikan Kemenangan Bersama Ahli Keluarga Setelah Selesai ABPBH35 Buat Ramai Tersentuh. Support System Bell Yang Tak Pernah T1nggalkan Bell Dan Setia Di Sisi. Part Mak Bell C1um Tu Berderai Air Mata Bell, Alahai Sebaknya !!
Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 2023 ( ABPBH35) telah pun melabuhkan tirainya semalam dan menyaksikan Bell Ngasri diangkat sebagai Bintang Paling Popular. Kemenangan Bell ini tidak hanya membuatkan Bell dan keluarga sebak tetapi para penyokong yang mengundi Bell juga.
‘ Saya tiada fan club ‘, itu yang Bell katakan sebelum ini. Namun siapa sangka, hasil undian daripada seluruh negara untuk Bell membuahkan hasil. Tanpa fan club juga, Bell mampu memenangi anugerah idaman ramai itu. Air mata Bell jat0h juga saat family Bell meraikannya.
Meninjau akaun Instagram Anugerah Bintang Popular Berita Harian, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ahli keluarga Bell yang hadir menyokong Bell di ABPBH semalam. Mama Bell, Habibah Jaafar, Darling, Datin Anne, isteri Bell dan adik bongsu Bell kelihatan bersama bergambar kenangan.

Wajah sedih Bell tidak dapat disorokkan dan dapat dilihat air mata Bell mengalir di pipi. Hati siapa yang tidak sayu, harapan keluarga untuk melihat Bell di pentas ABPBH termakbul. Melihat Mama Bell mengucup pipi Bell tergambar betapa bangganya seorang ibu terhadap anaknya.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian ini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :
” Menang Tanpa fan club ye . Dia bertahan sebagai anak seni dengan keikhlasan Allah beri dia rezeki yg mana nak kita hargai penatnya dia bertahan . salute . Satu Malaysia syg n suka abg . Tapi xboleh bla ucapan abg bell”tah mana2 org yg dtg, sy xde fan club” hahahhahahahahhaha.. ”
” Ni baru betul2 bintang paling popular… tanpa fan club.. undian hasil dari rakyat Malaysia.. powerrr.. ”
” Kuasa netizen.. Tak perlu fan club sebab semua dah sokong.. dia sed1h pun masih ade sisi kelakar terbaik ah..
” Tahniah abg bell.. abg minta 1, Allah bg 2.. tulah senua dgjn izin allah yg menggerakkan kami smua dtg utk vote abg bell.. sbb abg bell mmg berbakat.. kite hadiahkan al fatihah buat allahyarham mamay khalid, sbb dia dan sbb nama barkoba la bru la mata hati kite pndang bakat abg bell slma ni yg terlindung disebalik pelakon muda daj kacak hahaa.. ”
” Satu Malaysia undi bell .. tanpa fan club pom boleh tapau semua.. 37 tahun dlam seni bidang lakonan x pernah menang.. Hari ni hari dia champions.. ”
” Kemenangan yg direstui rakyat Malaysia.. Seb4k wei.. tak sia undi bell. Seronok tengok family Bell, sebak rasa terpancar di wajah bell segala2nya.. ”
” Yang ada fan club pun tumbang bila dh kita satu malaysia yg undi.. Alhamdulillah akhirnya dpt jgk tgk penghibur kita semua sejk dari kecik dpt anugerah.. betul ii sebak dibuatnya.. mmg org yg paling layak dapat bellngasriofficial tahniah bang.. ”
Kuatnya Bell kerana ada sokongan yang padu daripada semua ahli keluarganya. Ditambah pula sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia yang sama-sama berkempen untuk Bell. Kemenangan yang paling manis untuk Bell Ngasri dan keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ABPBH35
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

