Artis / Selebriti
” Seronok dia lain macam wooo. Naik sheikh Lala jumpa crush, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak Syamel, Nur Khawla Soleha yang begitu teruja ketika bertemu Aziz Harun buat warganet terhibur. Amboi Lala, sampai macam gitu sekali jerit dapat jumpa crush, terkejut dibuatnya. Menggeletis terus Lala, haha..
Anak perempuan kepada pasangan penyanyi, Syamel dan Ernie Zakri iaitu Nur Khawla Soleha seringkali menjadi perhatian warganet. Sikap Khawla yang ceria dan happy go lucky tidak ubah seperti perangai kedua ibu bapanya itu. Khawla juga digelarkan oleh warganet sebagai Ernie junior kerana persamaannya dengan Ernie.
Meninjau entry di akaun Tiktok Urbanparkhallxterusikevent, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi spontan Khawla ketika bertemu ‘crush‘nya, penyanyi negara jiran Aziz Harun. Khawla sememangnya meminati Aziz dan mereka sudah beberapa kali bertemu sebelum ini.
Menerusi video ini, kelihatan Khawla begitu teruja ketika Aziz turun dari pentas dan menegurnya. Khawla terus menjerit dan melompat-lompat girang. Minat sungguh Khawla dengan Aziz, perasaan terujanya terhadap Aziz itu tak pernah berkurang, malah semakin teruja nampaknya anak dara Syamel seorang ini.

Aziz sendiri ketawa melihat gelagat spontan Khawla itu. Peminat nombor 1 Aziz dan tiada sesiapa yang boleh menggantikan tempat Khawla. Pasrah sahaja lah Ernie dan Syamel dengan telatah anak kesayangan mereka itu. Ramai juga orang-orang di sekitar yang merakamkan gelagat Khawla itu.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@urbanparkxterusikevent Replying to @user445465302760 Tulaaaaa, excited betul lalaaaa dapat jumpa uncle aziz diaaa 😍😍 #urbanparkhall #urbanparkhallalamimpian #khawla #azizharun #uncleaziz #merajuk
♬ original sound – urbanparkhallXterusikevent – urbanparkhallXterusikevent
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 97 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dia excited jumpa aziz harun, dia taktahu ke mak bapak dia lagi glamour haha.. time ni Syamel just jadi bapak angkat haha.. “
” Aku faham perasaan Lala bila jumpa crush pastu crush notice haha.. adui Khawla.. tak cover tau jumpa crush haha. comel sangat excited dia tu.. “
” Aduhhh lala lain maciam dia punya excited ni jumpa uncle ajis.. Lala mewakili seluruh wanita di luar sana bila jumpa crush.. “
” Ya Allah Khawla, auto kena rasuk ek.. Terus tantrum dia, kemain eh Lala.. bapaknya tengah tenung dari tepi tu tengok perangai anak dara haha.. “
” Auto histeria haha.. Khawla unlock dia punya whistle note.. Kecik kecik dah hit note F5.. geram tengok gaya lala ni.. “
” Reaction lala tuuu puas hati kite tengok.. scream out loud lala.. Budak kecik ni lahh kalah fangirl yang besau besau ni.. “
” Lala membuktikan perangai girl girl kalau jumpa artis yang diorang minat.. seronok dia lain macam wooo.. Naik sheikh Lala.. dia punya jerit macam jumpa retis kpop wooo.. “
Reaksi teruja Khawla itu menghiburkan semua yang menonton video perkongsian ini. Apabila berjumpa ‘crush‘ atau idola, begini lah kebiasaannya. Khawla memang peminat nombor 1 uncle Aziz. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok UrbanparkhallXterusikevent
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

