Artis / Selebriti
” Serius lah besar dah anak. Dah tinggi dari Sasha dan handsome.. ” – Netizen
Gambar Raya Keluarga Sasha Saidin Raih Perhatian Ramai. Alahai Dah Besar Anak Sasha, Adam Aryasenna Notosoemarsono. Handsome Dan Tinggi Pula Tu !!
Meninjau ke akaun Instagram Sasha Saidin, perkongsian gambar keluarga Sasha ketika menyambut hari raya telah meraih perhatian ramai. Gambar tersebut memaparkan Sasha bersama suaminya, Sirhan Wahab dan anaknya, Adam Aryasenna Notosoemarsono.
Sasha memuatnaik gambar tersebut selepas tiga hari menyambut hari raya. Apa yang paling mencuri perhatian ramai ialah penampilan anak lelaki Sasha yang mesra dipanggil Arya. Arya dilihat sudah melepasi ketinggian ibunya walaupun baru berusia belasan tahun.
Arya merupakan satu-satunya cahaya mata Sasha menerusi perkahwinannya yang terdahulu bersama jejaka dari Indonesia, Salyo Priyanto Nutosoemarsono. Kini Sasha bahagia menerusi perkahwinan ketiganya bersama seorang usahawan dan menetap di Dubai.

Perkongsian gambar ini telah menerima lebih seribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada yang menyatakan wajah anak Sasha ini seiras dengan wajah bapa saudaranya iaitu Zain Saidin. Nampak seiras kan ?
Jom lihat perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji wajah tampan Arya. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Tgi lampai sgh anak teruna u sis.. U pon da tgi, mai tang your son mak aih.. Tgi sggh dah ni… Yeay.. Complete family photo.. “
” Handsome nyer anak Kak Sasha Boleh ikut mummy dia jadi model .. serius arrr besar dah ank.dh tinggi dr Sasha.hensem.. “
” Omg sha arya taller than u dah.. 3 hari dah tggu kemunculan gmbar ni.. Segak aihhh masing2..Awww i miss u kakak Selamat Hari Raya.. “
” Tggi & handsome nye anak..ikut gen u ni kak sha.. selamat hari raya aidilfitri sasha. Maaf zahir dan batin.. “
” Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin to you and yours .. And he looks so different a fine tall-young man .. “
” Omg handsomenya Arya bile dah besar.. Anak sashasaidin mcm muka zain, anak zain, muka mcm sasha .. happy famili.. “
” Cepatnya anak u tinggi. U pun dah tinggi, anak u lagi tinggi.. omg.. handsome lah arya.. mcm pakcik dia.. “
Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Arya mewarisi wajah ibunya yang mempunyai darah kacukan Inggeris. Semoga Sasha dan keluarga sentiasa bahagia selalu serta selamat menyambut hari raya aidilfitri diucapkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sasha Saidin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen



