Artis / Selebriti
” Serba serbi pandai. Boleh cakap mandarin dan pandai mengaji.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Anak Nabila Huda, Keisha Sedang Mengaji Al-Quran Raih Perhatian Peminat. Wah, Pandai Keisha Mengaji. Semoga Jadi Anak Solehah !!
Jika sebelum ini Nabila Huda atau Abil pernah berkongsi video anaknya, Keisha Laila pandai bertutur dalam bahasa mandarin. Kali ini Abil berkongsi video Keisha sedang mengaji Al-Quran pula.
Menurut Abil, Keisha pernah mengadu kepadanya pada minggu lalu bahawa sangat susah untuk mengaji Al-Quran dengan begitu baik. Keisha selalu tersasul atau tersilap sebutan ketika mengaji Al-Quran.
Namun pada hari ini, Keisha sudah boleh membaca Al-Quran dengan baik. Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Keisha membaca sebaris ayat Al-Quran sambil Abil merakamkan video bacaan Keisha.

Abil dilihat begitu gembira dan memel0k Keisha kerana akhirnya Keisha boleh membaca Al-Quran dengan baik. Pastinya akan lebih lancar lagi jika sentiasa membaca Al-Quran pada setiap hari. Good job Keisha.
Jom tonton video di bawah :
Ramai memuji Keisha dan turut memberi kata-kata semangat buat Keisha agar terus berusaha. Antara komen-komen yang diberikan :
” Kita yang jauh jauh ni pulak yang berair mata dah kenapa niiii.. Kak Abil.. ckp kat lilkupu2 akk, jgn give up.. muda lagi… Sure cepat pandai.. “
” Tahniah keisha ..semoga terus istiqomah.. Alhamdulillah sedap suara kiesha.. Keep it up keshaa.. Di doakan lilkupukupu semoga Allah membuka jalan yang luas utk segala ilmu. Hebat mummy dia.. “
” All the best lilkupukupu . Inshaa Allah, sehari semuka, akan bertambah lancar.. Bagus maghraj hurufnya well done baby.. “
” Wahh good job.. abil boleh tau tak belajar dekat mana ye.. kakak pulak tersenyum2 tgk keisha baca eh, kakak ker .. “
” Alhamdulillah.. takpa merangk4k2 lama2 lancar la.. Aaminn.. so sweet mommy n bby gurl.. Comelnya, Semoga menjadi anak yg soleh ya.. “
” Alhamdulillah..good girl, serba serbi pandai, bole ckp chinese, pandai mengaji…masa ni la peluang dia nak belajar mcm2.. good job mummy abil.. “
” Alhamdullilah terbaik keisha good job mummy.. Cakap mandarin boleh, baca al Quran boleh, mendengar kata, murah senyuman… comel laa dia ni.. “
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak seusia begini sangat senang menerima apa yang mereka pelajari. Semoga Keisha Laila menjadi anak yang solehah serta berjaya di dunia dan di akhir4t.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nabila Huda
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
									 
									 
									 
									 
									
