Artis / Selebriti
” Sepatutnya Kak Long sambung belajar, tapi Kak Long mahu kahwin. Mama tidak pernah marah.. ” – Bella Astillah
Video Ucapan Bella Astillah Untuk Ibunya Sempena Hari Ibu Buat Ramai Sebak. Sedihnya Dengar Pengakuan Jujur Bella Tentang Kesilapan Lamanya Tu, Touching Sungguh !!
Sempena Hari Ibu yang bakal disambut pada 12 Mei nanti, team 3 Pagi Era telah pun menjemput Bella Astillah dan ibunya ke konti Era. Selain berkongsi cerita mengenai kehidupan mereka, segmen pagi ini banyak mengundang air mata warganet.
Tidak hanya ucapan Didi Astillah dan Ayden Adrean yang menyentuh hati tetapi ucapan Bella untuk ibunya juga membuatkan air mata Bella dan ibunya mengalir laju. Meninjau perkongsian video di akaun Tik Tok Era, telah dikongsikan video yang memaparkan ucapan Bella itu.
Kata Bella, ibunya banyak berkorban untuk memberikan mereka adik beradik kesenangan. Sudah sampai masanya untuk Bella pula membahagiakan ibu. Bella turut berkongsi kisah penerimaan ibunya ketika Bella memberitahu ingin berkahwin.

Walaupun pada waktu itu Bella sepatutnya menyambung pengajian, namun jalan yang Bella pilih untuk bergelar isteri tidak pernah dibantah oleh ibunya itu. Ibu Bella adalah support system dan tulang belakang Bella yang selalu ada dari dulu sehinggalah sekarang.
Jom tonton video di bawah :
@era.je Kasih ibu hingga ke syurga 🥺 Berhabuk mata dengan ucapan Hari Ibu dari Bella untuk Mama 😭 Semoga yang baik baik sahaja buat Bella dan Mama!! Selamat hari ibu 💚 #3PagiERA #ERARadioNo1PalingLegit
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mak dia bagus, tak campuri urusan anak, sentiasa menyokong.. Tengok mak Bella nangis, saya pun nangis.. ”
” Kenapa aku nangis weyy.. Aku dh teresak esak nangis part bella ngan mama dia.. Part last Nabil sempat buat lawak pulak. Berdekah kita.. ”
” Kasih sayang seorang ibu.. Apa ni Era.. menangis sampai bengkak mata saya tau.. rindu arwah mak.. ”
” Tadi sempat dengar live.. hari ni banjir dengan air mata.. apa2 pun air mata aku jatuh jga baa dgr ucapan bella.. ”
” Kita tgk bella sedih dlm hubungan dia dgn AA… tp sebenarnya ibu lebih derita tgk penderitaan bella.. ”
” Ini lah mama-mama hebat.. sentiasa ada dalam susah senang untuk anaknya. sampai aku pun termenangis.. hargai lah yang masih ada mak.. ”
” Sedih sampai join juga nangis.. tengok ni terus terasa macam ada batu tersangkut di leher ni.. ”
Ucapan yang ikhlas dan tulus daripada hati Bella untuk ibu tersayang. Kuatnya seorang ibu dan setianya pada seorang anak walau susah dan perit sebesar manapun tetap bersama di sisi. Semoga Bella dan ibunya sentiasa dikurniakan Allah kebahagiaan dan kegembiraan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen



