Artis / Selebriti
” Sempat ustaz selit sekali tu, terkedu Bell.. ” – Komen Netizen
Video Haris Ismail ‘memerli’ Bell Ngasri dalam tazkirah malam Lailatul Qadar buat ramai terhibur. Setepek Bell kena, tak terbalas dengan kata-kata. Lawak lah, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram TV9Malaysia, perkongsian sebuah video yang memaparkan Haris Ismail atau PU Riz bercakap mengenai Malam Lailatul Qadar telah meraih perhatian ramai. Menerusi episod kali ini, Bell Ngasri turut menjadi jemputan.
Apa yang membuatkan ramai terhibur apabila Haris sempat lagi mengusik Bell dengan watak Barkoba dalam filem lakonan Bell. Watak Barkoba ini merupakan seorang yang gemar ponteng puasa dan mempunyai geng dikenali geng plastik hitam.
Watak ini sudah sebati dengan Bell sehingga ada yang menggelar Bell sebagai ikon ponteng puasa. Mendengarkan usikan Haris ini, Bell pula yang malu-malu. Namun Haris sempat lagi meminta maaf kepada Bell kerana itu merupakan salah satu contoh dalam tazkirahnya.

Perkongsian video ini telah menerima labih satu ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bell kalau tidak lawak memang tidak sah. Melihatkan gelagat bell tanpa bersuara pun sudah nampak terhibur dan mahu ketawa.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan komen emoji ketawa kerana terhibur. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Sempat ustaz selit sekali tu.. Bell punya hormat tak menyampuk langsung pon even kena perli haha.. terkedu bell.. “
” Tak puasa tak boleh raya…… Takyah pikir baju raya lah barkoba ekkk.. Gelak ustaz…lawak bell. Tapi klako dohhh… “
Sekadar info, watak Barkoba yang dipegang oleh Bell dalam filem arahan Allahyarham Mamat Khalid telah melonjakkan lagi populariti Bell. Watak tersebut sangat sesuai dengan Bell dan Bell juga sangat berbakat dalam bidang lakonan sejak dari kecil lagi.

Siapa sangka kali ni Bell pula kena usik. Selalunya Bell yang gemar mengusik orang lain, hehe. Haris juga boleh tahan juga ‘membahan’ Bell secara spontan. Semoga bell terus berjaya dalam indusri hiburan tanah air dan tidak jemu menghiburkan peminat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG TV9Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen

