Artis / Selebriti
” Sempat telan air liur sambil nyanyi, hahaha.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa Menyanyikan Lagu Untuk Kakaknya, Siti Aafiyah Buat Netizen Terhibur. Semangat Betul Afwa Nyanyi Lagu Santai, Comel Lah !!
Apabila seseorang selebriti dikurniakan cahaya mata, secara tidak langsung anak mereka turut mendapat perhatian peminat. Tentu sekali hal yang sama berlaku kepada anak-anak penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Muhd Afwa telah dikongsikan video baru yang memaparkan gelagat Afwa sedang menyanyi. Menerusi video tersebut, Afwa berada di dalam sebuah bilik bersama Dato’ Seri Siti dan Aafiyah. Kedengaran suara Dato’ Seri Siti menyebut perkataan ‘santai-santai’.
Dato’ Seri Siti meminta Afwa untuk menyambung nyanyi lagu itu dan Afwa menyanyi dengan begitu semangat. Tulis Dato’ Seri Siti, lagu yang dinyanyikan oleh Afwa adalah untuk kakaknya. Selain itu, gelagat Afwa menerusi video tersebut juga mencuit hati ramai.

Perkongsian video Afwa pada kali ini sekali lagi telah mengundang tawa netizen. Ada yang mengatakan Afwa turut mempunyai minat dalam bidang nyanyian seperti ibunya. Bak kata pepatah ke mana tumpah kuah kalau tidak nasi. Afwa boleh lah menjadi penyanyi macam ibu selepas ini.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata memberikan emoji ketawa dan meluahkan rasa terhibur mendengar nyanyian Afwa. Antara komen warganet adalah :
” Sempat telan air liur sambil nyanyi, hahaha.. Muhammad Afwa ni ada bakat penerus ibu nih dah suara pun sedap di dengar cuma malu malu.. “
” Muhammad Afwa good boy, hahahaha ger4m tengok Afwa.. Makin comel.. Dah budak pipi pau ni.. Amboi semangat nyanyi.. “
Sebelum ini, ada dikongsikan video Afwa bermain alat muzik tabla dan Afwa menyanyi sedikit sedutan lagu Faizal Tahir berjudul Santai serta ditemani oleh Dato’ Seri Siti. Perkongsian video itu juga membuat warganet turut seronok melihat kelincahan Afwa bermain tabla.

Kecil-kecil dah minat dengan muzik lah Afwa ni. Mana tahu apabila Afwa besar nanti dia akan mengiringi persembahan ibunya. Apa-apa pun semoga Afwa dan Aafiyah terus membesar dengan sihat serta menjadi anak-anak yang baik buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG muhdafwakhalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



