Artis / Selebriti
” Semoga terus sihat, lawa anak dara abang Salih Yaacob.. ” – Komen Netizen
Video anak-anak Salih Yaacob menyambut ulangtahun bapanya di wad hospital raih perhatian ramai. Wah, siap ada kejutan hadiah istimewa lagi. Semoga Salih Yaacob cepat sembuh..
Pelawak dan penyampai radio legenda, Salih Yaacob, kini dikhabarkan sedang menerima rawatan di hospital kerana mengalami masalah kesihatan. Menerusi satu akaun Tiktok, sebuah video telah dikongsikan apabila dua anak perempuannya hadir untuk meraikan hari lahirnya yang jatuh pada minggu ini.
Momen itu menjadi lebih menyentuh hati apabila mereka menghadiahkan sebuah telefon pintar baharu kepada bapa mereka agar dapat menemani Salih sepanjang proses pemulihan, selain memudahkan Salih berkomunikasi bersama keluarga.
Salih yang terkenal dengan sikap humor dan ceria, kelihatan sebak menerima kejutan tersebut. Dalam keadaan yang masih lemah, beliau tetap menghadiahkan senyuman dan ucapan terima kasih kepada anak-anaknya yang sentiasa ada di sisi.

Walaupun meraikan hari lahir di wad bukanlah sesuatu yang dirancang, namun momen itu jelas menunjukkan eratnya hubungan kekeluargaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
@astrogempak GempakNews: Selamat hari jadi dan semoga cepat sembuh abang Salih Baca artikel penuh di www.gempak.com atau klik link di IG Story. Jangan lupa follow IG dan TikTok @astrogempak untuk info semasa. #Gempak #AstroGempak #viral #beritaterkini 📹 Kredit video: Effa Soleha
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan kesembuhan Salih Yaacob. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Salam sakit apa semoga sembuh segera aamiin.. Alhamdulillah…dah besar anak 2 abang salleh.. Nape tak amik saleh yaakop dlm sepahtu.aura lawaknya best.. “
” Alhamdulillah, semoga terus sihat.. amiin semoga di permudah kn semua urusan nye semoga cept sht amiin.. isteri ramai x kisah boleh ada orang jaga.. “
” Saya doakan Salleh cepat pulih Dan sembuh.. semoga papa cepat sihat….nanti kalau papa dah boleh keluar hospital bagitau… “
” Alhamdulillah salih semakin sihat, semoga terus istiqomah sahabat ku.. semoga Allah beri kesembuhan pada Salih yakup.. “
” Mudah-mudahan sembuh kembali sihat seperti sediakala. Aamiin ya Rabbal Alamin.beruntung salleh ade isteri ramai boleh jaga dia.. “
” Semoga cepat sihat papa , in shaa allah lepas papa keluar saya datang bawak family. Lawa2 ank2 dara abg salih yaacob.. “
” Semoga cepat sembuh ye semoga dipermudahkan segala urusannya Aamiin.. Confirm ramai nak jadi menantu, Lawa anak.. “
Semoga keadaan Salih Yaacob terus stabil dan pulih sepenuhnya. Sokongan keluarga serta doa daripada peminat pastinya menjadi kekuatan buat beliau untuk kembali sihat seperti sedia kala. Moga Allah permudahkan segala urusan kesembuhan dan mengembalikan keceriaan figura hiburan yang telah banyak menghiburkan rakyat Malaysia ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

