Artis / Selebriti
“ Selamat pengantin baru, tahniah abang Cat Farish dan wife.. ” – Netizen
Cat Farish Muatnaik Gambar Dan Video Bersama Pasangan Pilihan Hatinya Di Hari Perkahwinan Mereka. Alahai, Sweet Betul Pasangan Ni Dan Semoga Berkekalan !!
Peminat kumpulan Ruffedge pasti mengenali salah satu nama anggota band ini, iaitu Cat Farish atau nama sebenarnya Farish Zaquan Ramli yang merupakan seorang pelakon dan juga penulis lirik yang berbakat dan berpengalaman. Cat juga terl1bat aktif sebagai penerbit rakaman dengan memiliki sebuah studio muziknya sendiri.
Umum mengetahui, Cat dahulunya pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini namun akhirnya mereka berp1sah. Hasil perkahwinan terdahulu, Cat dikurniakan dua anak perempuan dan satu anak lelaki yang comel dan masing-masing kelihatan sudah besar dengan sihat menjadi kanak-kanak yang aktif.
Terbaru, Cat telah berkongsi satu gambar di Instagram yang memaparkan dirinya telah berkahwin dengan pasangan baru pilihan hatinya yang dikenali sebagai Suriani Hj Hassan mendapat perhatian ramai. Cat memuatnaik gambar berlatar belakangkan sebuah bangunan masjid dan kedua pasangan mempelai ini sememangnya kelihatan sama cantik dan sama padan pada hari perkahwinan mereka.

Jelas kelihatan wajah kegembiraan mereka berdua setelah sah bergelar sebagai pasangan suami isteri dalam gambar itu. Cat kelihatan segak bergaya berdiri bersebelahan isterinya, Suriani yang kelihatan menawan mengenakan baju pengantin itu. Pastinya Cat bersyukur dengan jodoh barunya ini dan mahu berkongsi berita kegembiraan ini bersama peminat dan rakan-rakan yang lain.
Jom kita ikuti perkongsian di bawah :
https://www.instagram.com/p/CHzaMAlFi4U/
Cat juga memuatnaik satu video sempena perkahwinannya dengan mendedikasikan sebuah lagu hasil ciptaannya kepada semua bakal pasangan mempelai yang lain.
Jom kita tonton perkongsian di bawah :
https://www.instagram.com/p/CHzmWwGH6K4/
Perkongsian Cat mendapat banyak tanda suka ramai turut gembira dan mengucapkan tahniah kepada Cat dan pasangannya. Rata-rata netizen turut mendoakan kebaikan serta jodoh Cat dan Suriani berkekalan hingga ke akhir hay4t. Antara komen-komen yang dit1ngg4lkan :
“ Congratulations Cat and wife.. Selamat Pengantin baru.. Tahniah Cat dan Suriani.. semoga bahagia until Jannah.. Barakallahu lakuma.. ”
“ Alhamdulillah.. Tahniah.. take care and enjoy the ride.. Best doa for u both.. Tahniah Bro.. Tahniah PapaCat.. Moga Di panjang kan Jodoh Di murah kan Rezeki.. ”
“ Congrats.. semoga mahligai yang dibina kekal berkekalan.. aminn.. alhamdulillah tahniah to both of u.. semoga bahagia till jannah.. ”
“ Akhamdulillah.. Tahniah abah.. Semoga kekal ke anak cucu.. Eh kurus nya abg farish.. Wahhh pusat dakwah islamiah paroi ni, tahniah boss.. ”
“ Tahniah yob catfarish.. welcome back to the club hehehe.. Tahniah cat fabul0ss00.. Alhamdulillah.. syukur pada Allah.. Bila Abg kurus nmpk muda lah.. ”
“ Tahniah abg catfarish n wife.. Baarakallahu laka wa baarakaa alaika wa jamaa bainakumaa fii khoir.. Moga kekal hingga ke Jannah.. Aamiin.. ”
“ Tahniah uncle dan chuu.. semoga bertambah kebahagiaan, rahmat dan rezeki dalam perkahwinan.. Amin.. Congratulations Cat.. May Allah bless your journey with wifey aamiin3.. ”
Alahai, sweet betul melihat pasangan pengantin baru ini siap Cat buat lagu khas untuk hari perkahwinannya ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Cat dan pasangan barunya ini bahagia dalam menempuh alam berumah tangga serta mahligai bahtera perkahwinan yang dibina kekal hingga ke Jannah.

Silakan SHARE..
Sumber: IG catfarish, suriani.hj.hassan_
Artikel ini disediakan oleh Berita Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


